PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.
Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.
"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan Khamis.
Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.
Katanya semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Najib berkata semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Jan tahun ini.
Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Dis lepas.
Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksanan.(BERNAMA)
Harap semakan ini boleh menyelesaikan masalah SBPA dan membantu kerajaan membuat keputusan dengan terbaik.
ReplyDeleteUmur persaraan ini perlulah disamakan untuk sektor awam dan juga sektor swasta.
ReplyDeleteDiharap umur persaraan yang baru ini tidak menutup peluang golongan muda untuk mengisi jawatan di sektor kerajaan.
Deletekalau boleh umur persaraan tu dikurangkanlah sebab kadang2 ada juga yang akan bersara awal walaupun sudah ditentukan had umur bersara. secara tidak langsung, peluang golongan muda juga lebih luas untuk mengisi jawatan.
DeleteSBPA wajar disemak semula kerana banyak aduan ketidakpuasan hati yang dibuat baru2 ini. Semoga skim baru yang telah disemak dapat diterima baik oleh penjawat awam.
ReplyDeletepenjawat awam buatlah pilihan yang tepat demi untuk kerjaya dan masa depan mereka. penjawat swasta ni tiadalah keistimewaan seperti tu.
ReplyDeletesemakan semula ini pasti disambut baik oleh semua pihak.
ReplyDeletesemakan semula ini bagi memenuhi keperluan dan kepentingan kakitangan awam.
ReplyDeletesemakin ini dilakukan bagi memastikan skim ini benar2 terbaik untuk penjawat awam.
ReplyDeleteSekiranya ramai yang tidak berpuas hati perlulah dikaji semula. Agar apa2 masalah tidak akan dibangkitkan.
ReplyDeleteharap2 pengkajian semula dapat memenuhi permintaan sektor awam.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan mencari penyelesaian mengenai SBPA ini. Jangan tertangguh terlalu lama kerana Penjawat awam telah menunaikan tanggungjawab mereka menandatangan persetujuan pertukaran SSM kepada SBPA.
ReplyDeleteamat tepat langkah yang diambil oleh pihak kerajaan.. syabas!!
ReplyDeletejika selepas ini masih ada kelemahan dalam pelaksanaan SBPA, jangan salahkan kerajaan samata2 kerana Cuepacs juga terlibat dalam perbincangan itu..
ReplyDelete