Thursday 19 January 2012

CUTIKAN SHAHRIZAT, STRATEGI SELAMATKAN KRONI?



KEPUTUSAN untuk merehatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah strategi Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan Ketua Wanita Umno itu dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Ini kerana katanya, Shahrizat hanya dicutikan selepas lebih tiga bulan skandal itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

“Mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu. Kelulusan permohonan cuti ini jelas satu lagi pelan strategi Datuk Najib untuk menyelamatkan Shahrizat, NFC dan kroninya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, keputusan untuk bercuti itu sudah terlambat, sebaliknya Shahrizat perlu segera berundur kerana skandal itu telah diketahui umum.

“Shahrizat harus sedar, tindakannya ini sudah terlambat kerana rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan. Atas dasar hormat politik, saya sarankan Shahrizat segera mengundurkan diri secara terhormat,” tegas Ahli Parlimen Ampang ini.

NFC- yang dimiliki suami dan anak-anak Shahrizat menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dari kerajaan pada 2007, namun sebahagiannya didakwa telah diselewengkan.

Ia termasuk pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, pembelian tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.

Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan pinjaman itu, turut terlibat dalam skandal ini, ialah Perdana menteri sendiri selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek berkenaan.

9 comments:

  1. Lebih baik jika Sharizat cuti dulu buat masa ini untuk memudahkan SPRM membuat penyiasatan lanjut terhadap kes ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan lebih baik jika operasi NFC juga dihentikan buat seketika.

      Delete
  2. adalah baik juga Sharizat diberi cuti, siasatan juga akan berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  3. Doakan saja siasatan kes NFC ini dilakukan dengan adil.

    ReplyDelete
  4. Ini bukan kerana kroni atau tidak. Tapi ini bagi tidak menganggu masa Shahrizat semasa kerja. Jika dia berkerja pasti akan menyukarkan pihak berkuasa untuk menyiasat beliau. Maka lebih baik cuti dan mudah membantu pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  5. harap2 siasatan berjalan lancar dan isu ini selesai dengan cepat.

    ReplyDelete
  6. sedangkan Shahrizat dicutikan pun boleh dijadikan cerita kononnya untuk menyelamatkan kroni.. bukankah ini cukup untuk menggambarkan bahawa pembangkang gemar memutar belitkan sesuatu perkara??

    ReplyDelete
  7. cukup2 la tu Zuraidah.. kalau nak sangat jadi penyiasat, tukar saja profesion.. itupun kalau layak jadi penyiasat la..

    ReplyDelete