Thursday 26 January 2012

JANGAN GHAIRAH DENGAN AKHBAR AUSTRALIA



Oleh : AZMAN ARIFFIN

KEGHAIRAHAN sesetengah pihak dalam Pakatan Rakyat mensensasikan isu berkaitan perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Australia, sedikit sebanyak menggusarkan penulis.

Mana tidaknya, ketika rakyat masih ‘segar’ dengan pembohongan akhbar The West Australia berhubung perbelanjaan Rosmah dan anaknya perempuannya di Australia semasa berlangsungnya persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) tahun lepas, pendekatan sama cuba digunakan dalam hal pendedahan oleh akhbar Sydney Morning Herald mengenai perbelanjaan boros Rosmah semasa bercuti di negara tersebut.

Walaupun punya sensasi berita yang menarik untuk dipolitikkan, tapi dalam masa yang sama Pakatan Rakyat perlu juga mengkaji kebenaran di sebalik penyiaran berita tersebut agar tidak termasuk dalam perangkap yang sama seperti tahun sudah.

Penulis tidak mahu keghairahan ‘makan diri’ dalam hal mensensasikan berita yang disiarkan The West Australia itu, berulang kembali dalam kes yang ini juga.

Dari maklumat yang penulis terima, kolumnis Sydney Morning Herald, Andrew Hornery yang menulis mengenai perbelanjaan boros Rosmah tersebut adalah seorang wartawan yang tidak punya kredebiliti. Andrew diketahui mempunyai kolum gosip sendiri dan dengan itu gemar menulis berita berdasarkan gosip semata-mata.

Tidak setakat itu, Andrew pernah dinamakan sebagai Australia Worst Journalist pada 2009 kerana antaranya, beberapa kali menyiarkan berita yang mempunyai kesalahan fakta serta gagal menjelaskan fakta yang disiarkan dengan tepat. Rujukan mengenainya boleh didapati disini.

Kajian penulis dengan lebih mendalam juga mendapat, Andrew dikenali dikalangan wartawan Australia sebagai seorang yang mengaku secara terbuka hidup dengan amalan gay dan transeksual (openly gay and trans-sexual).

Walaupun nampak tidak berkaitan, tapi penulis yakin, kehidupan peribadi Andrew ini akan menjadi senjata blogger UMNO untuk memburukkan lagi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi gelombang kedua pendakwaan kes liwatnya, kali ini di Mahkamah Rayuan pula.

Penulis melihat penyiaran berita sedemikian oleh akhbar Sydney Morning Herald tidak sama sekali bermaksud untuk membantu perjuangan Pakatan Rakyat dalam mendedahkan perbelanjaan tidak berhemah pemimpin UMNO dan ahli keluarga mereka.

Sebaliknya ia lebih kepada memburukkan imej Malaysia di mata dunia kerana penulis difahamkan segelintir editor akhbar-akhbar utama negara tersebut masih terpengaruh dengan ketegangan kedua negara yang pernah timbul di zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Kesimpulannya, penulis sekali lagi berharap media pro Pakatan Rakyat agar berhati-hati dengan ‘pendedahan’ yang sedemikian. Memang kita tidak bertanggungjawab menyiarkan berita tersebut tapi dalam kes pembohongan akhbar West Australia yang lepas, Pakatan Rakyat terpalit sama dengan imej buruk kerana mensensasikan isu tersebut dikalangan rakyat negara ini.

12 comments:

  1. Tidak habis2 pihak PR mencari isu mengenai Rosmah. tiada modal lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang obsess dengan Rosmah mungkin.

      Delete
    2. tidak cukup dengan PM, isteri dan keluarganya juga diseret bersama.

      Delete
  2. Rosmah yang tdak terlibat dalam politik pun nak dijadikan sasaran.

    ReplyDelete
  3. As they say in journalism: "good news is no news, bad news is good news"

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah..orang ni suka baca yang bad news/gosip berbanding dengan good news. isu seperti ini lagi menjadi perhatian.

      Delete
  4. Sometime to sensationalize a news, it's not that they did not conduct detail research on the subject that is being written, but they rather edit out some truth element to sensationalize the news

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's what commonly happen right now. Frustrating. Instead of telling truth and giving facts, readers are given with lies and defamation.

      Delete
  5. Be professional. To rely only on what had the Australia's Worst Journalist said is so childish.

    ReplyDelete
  6. Pakatan jangan cuba ambil bulan-bulan kenyataan tersebut. Kerana kita tidak tahu kebenarana dari akhbar tersebut.

    ReplyDelete
  7. Selalunya Pakatan akan mengambil maklumat ini terus tanpa usul periksa. Ini akan memberikan beban kepada Pakatan sendiri nanti yang hanya tahu memberikan khabar angin.

    ReplyDelete
  8. jarang sekali pemimpin2 pembangkang mengkaji setiap pendedahan yang dibuat pihak lain.. bila pendedahan itu disangkal, mereka jalan mudah menuding jari kepada pihak yang membuat pendedahan itu sedangkan merekalah yang bertanggungjawab mensensasikan isu itu tanpa usul periksa..

    ReplyDelete