SALAM....Tanniah daripada Azizah kepada pasukan Sengkurong B.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
"BELIA mestilah sihat dan bebas daripada perkara-perkara negatif demi menjamin masa depan diri dan negara," kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun yang berpesan agar generasi muda mestilah menjauhkan diri dari ancaman aktiviti yang tidak bermoral.
Katanya lagi, sebagai aset masa depan negara yang amat berharga golongan belia perlu menyedari bahawa sesungguhnya mereka adalah bakal memimpin negara pada masa depan. Justeru itu kesinambungan kemajuan dan pembangunan terletak di tangan belia hari ini dan sebagai pemimpin masa depan belia mestilah mempunyai moral yang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang sihat.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Kg Kota Klias di Dewan Sri Petayu Kota Klias di sini baru-baru ini.
Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Sabah Daerah Beaufort, Nordin Ismai, Ketua Anak Negeri, Haji Amit, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Klias, Hj Aziz dan Pengerusi Penganjur Kejohanan, Ardi Abdullah.
Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata penganjuran kejohanan itu merupakan usaha positif dan proaktif yang ditunjukkan oeh persatuan beian kampung itu dan ianya dapat meningkatkan kemahiran penggemar sukan takraw selain dapat melahirkan jaguh-jaguh takraw untuk negara.
“Melalui kejohanan seperti ini saya yakin ianya dapat melahirkan jaguh takraw hingga ke peringkat antarabangasa. Kini sudah tiba masanya belia-belia perlu berusaha mengangkat kembali martabat sukan sepak takraw negara ini,” katanya sambil memberi jaminan beliau akan sentiasa menyokong pelabagi program belia secara berterusan.
“Sebagai wakil rakyat saya akan memberi dorongan dan menyokong program-program belia di kawasan ini dan disamping itu kerajaan BN melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan peruntukan yang banyak bagi melaksanakan pelabagai aktiviti untuk belia,” katanya.
Azizah turut berharap KBS Daerah Beaufort dapat meneruskan usaha untuk membantu belia kawasan Dun Klias bagi membantu melahirkan belia yang berkualiti.
Sebanyak 10 pasukan termasuk dari Negara Brunei Darussalam mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
Pada majlis yang turut menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Esab B dan Sengkurong B dari Brunei Darussalam, pihak penganjur turut menyediakan hadiah cabutan tiket bertuah kepada peserta kejohanan dan penonton.
Johan disandang pasukan Esab B yang berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 serta piala pusingan dan medal. Seengkurong B hanya mampu menjadi naib johan dengan hadiah RM700.00 dan medal.
Dua pasukan yang mendapat RM300.00 dan meedal berkongsi kedudukan di tempat ketiga iaitu pasukan Kotas A dan Kotas B disamping empat pasukan lain mendapat hadiah saguhati.
Uapacara penyampaian hadiah kejohanan dan cabutan tiket bertuah disempurnakan oleh Azizah di akhir acara.
Masa depan negera dapat dilihat daripada belia2 yang ada sekarang. Belia2 adalah masa depan negara, jadi harus sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.
ReplyDeleteDatuk Azizah sememangnya prihatin terhadap perkembangan anak2 muda Sabah. Program2 kerajaan harus dimanfaatkan oleh anak2 muda Sabah.
ReplyDeletewho wouldn't, right? We're talking about our future leaders, shakers and makers of the future of our beloved state. Our present leaders are not immortals...therefore I think it is prudent that these youths are groom to take up the responsibilities when the occasion arises.
DeleteWell said. Hope the youths are also realize that they are the future leaders. Therefore they must not risk their future for things that are not beneficial such as drugs, crimes etc.
Deletesemoga para belia akan diberi/digalak penglibatan dalam proses pembangunan negara.
Deletepara belia adalah penentu masa depan negara, mereka harus digalakkkan menyertai aktiviti2 sihat dah jauhi aktiviti2 tidak baik.
ReplyDeleteHopefully in the near future we will see potential leaders that is on par with the founding fathers of our nation
ReplyDeleteGolongan belia adalah tunggak dan pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang. jika hidup mereka rosak, masa depan negara juga sudah pasti akan musnah. oleh itu, penglibatan dalam aktiviti2 sosial seperti ini memang satu usaha yang sangat baik bagi elakkan mereka terjebak dengan aktiviti2 tidak berfaedah. beri perhatian dan dorongan kepada mereka.
ReplyDeleteJauhilah perkara yang negatif. Perbanyakan lagi sukan-sukan yang memberikan manfaat kepada para belia.
ReplyDeleteMaka kerajaan perlulah merancang yang terbaik untuk para belia.
ReplyDeletesekadar nasihat tidak mungkin berkesan dalam menghasilkan belia yang sihat dan bebas dari gejala sosial.. perlu juga ada tindakan bukan sahaja dipihak kerajaan, badan2 bebas malah golongan ibubapa atau penjaga..
ReplyDelete