Friday 6 January 2012

RAKYAT NABAWAN MULA KUTIP HASIL GETAH



TOREH….Bobbey Menoreh getah sebagai simbolik penorehan getah yang diberikan Adun Nabawan.

Oleh : HASSAN DALIMPOS

RAKYAT di daerah Nabawan amat berbangga kerana mulai mengutip hasil pertama dari tanaman getah yang diberikan melalui peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Datuk Bobbey A Suan.

Majlis pelancaran penorehan getah tersebut telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey A Suan di Kg.Kebangawong, Nabawan, yang dihadiri kira-kira 350 orang di sini.

Majlis tersebut diadakan bermula di ladang Rusinah Amukat, 42, di Kg.Kebangawong kerana Bobbey sendiri telah bersama melawat kawasan tanaman getah seluas 6 ekar.

Sempena majlis tersebut Rusinah amat gembira kerana kebunnya dipilih sebagai lokasi majlis tersebut; apatah lagi telah mendapat hasil yang lumayan getah sejak di kebunnya mula ditoreh selama 9 bulan lalu dan mampu meraih pendapatan RM1,200 sebulan.

"Saya berterima kasih kepada ADUN kerana telah memberikan kami benih getah. Sekarang saya amat gembira kerana mengutip hasil yang lumayan. Dalam sebulan kami mampu menoreh sebanyak 20 keping getah tersebut dengan pendapatan kasar RM1,200,” katanya.

Rusinah bersama dua orang anaknya dan suami mengusahakan tanaman getah tersebut sejak diberikan oleh Bobbey pada 15 November 2005 dan menoreh getah tersebut sejak 9 bulan lalu.

Menurutnya, Bobbey adalah antara wakil rakyat yang amat prihatin terhadap keperluan rakyat kerana selain projek kecil-kecilan seperti pemberian peralatan pertanian, mesin dan pelbagai lagi, beliau juga memberi benih getah yang boleh menjana ekonomi rakyat pada masa akan datang.

Rusinah berkata, langkah bijak kerajaan melalui inisiatif wakil rakyat amat dihargai, ini kerana bukan sahaja pemberian bantuan kewangan yang diberikan, namun melalui usaha tanaman pertanian ia membuat rakyat merasa senang di masa hadapan kerana usaha sedemikian mampu menjamin ekonomi yang baik terhadap rakyat.

Majlis simbolik diadakan di kebun Rusinah dan Bobbey berkesempatan menoreh getah yang diberikan oleh beliau sendiri sejak 6 tahun lalu dan selepas acara demikian satu lagi majlis Pemimpin Bersama Rakyat turut diadakan di Balai Budaya Kg.Kebangawong; yang dipengerusikan oleh Awadod @ Daud Basi.

Sempena majlis tersebut, Bobbey menyarankan kepada rakyat agar mengusahakan tanaman pertanian secara komersil ini kerana ia mampu menjana ekonomi kepada setiap keluarga.

"Tidak rugi bergiat dalam aktiviti pertanian kerana apapun yang kita buat ia adalah satu tindakan yang baik untuk manfaat kepada masa depan dimana ia dapat meningkatkan ekonomi keluarga,” katanya.

Bobbey juga turut gembira kerana hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kini tiba dan mereka kini meraih kutipan hasil daripada pertanian tanaman getah selama 6 tahun daripada tarikh ditanam.

Katanya, kerajaan BN amat prihatin dengan rakyat oleh itu penting sekali masa depan rakyat diutamakan selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Baginya, kejayaan hari ini adalah hasil inisiatif pemimpin wakil rakyat memikirkan masa depan rakyat dan kesinambungan dari itu usaha gigih petani untuk menjaga tanaman getah sehingga mendatangkan hasil yang lumayan.

Turut hadir ialah wakil Radio Televisyen Malaysia (RTM dan TV1) Radik Taim dan media lain untuk membuat liputan berita kerana ia merupakan sejarah buat penduduk daerah Nabawan mengutip hasil getah (Pertanian).

Bobbey juga mengingatkan rakyat agar sentiasa memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan BN yang sentiasa memberikan kemudahan kepada rakyat dan bukannya berdiam diri malah sentiasa turun padang menangani masalah rakyat.

Mengenai soal tanah, Bobbey berharap rakyat jangan menjual tanah kepada mana-mana individu kerana tanah adalah warisan kepada nenek moyang yang seharusnya diusahakan dalam pertanian.

Sebanyak 270,000 pokok getah dengan keluasan 1,500 ekar kawasan tanaman dan 640 keluarga telah menerima bantuan benih getah yang diberikan Adun sejak 2005 sehingga kini.

Dalam majlis tersebut, pelbagai acara dilaksanakan antaranya ialah persembahan sambutan tarian oleh belia-beliawanis Kg.Kebangawong, cabutan bertuah, selain makan bersama.

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Aloysius Anthony, Pemimpin Kemajuan Rakyat Jubilin Kilan, Pemaju Masyarakat Nabawan Barahim Andipoh, Pegawai Jabatan Perikanan Libang Ambului dan Pegawai Jabtan Haiwan Madin Ambikin hadir sama dalam majlis tersebut.

Majlis itu merupakan majlis yang sangat mengembirakan penduduk di kampung tersebut kerana pelbagai limpahan projek kecil-kecilan telah diluluskan oleh Bobbey termasuklah pemberian set muzik, mesin, kanopi dan pelbagai lagi untuk kegunaan penduduk.

Penduduk kampung tersebut turut menggelar Bobbey sebagai ‘Kalawon Atulai’, pejuang/pahlawan/pemimpin yang amat digeruni dan tersanjung kerana mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin yang terpuji berhati rakyat.

13 comments:

  1. Inilah hasil daripada usaha penoreh getah, teruskanlah berusaha.

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan akan membantu rakyat tempatan dalam industri kecil seperti ini supaya rakyat boleh mendapat mata pencarian yang tetap.

    ReplyDelete
  3. This is a good effort to ease the plight of the common people.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan harus sentiasa teruskan usaha untuk membantu rakyat manakala rakyat pula perlu rebut peluang yang ada.

    ReplyDelete
  5. syabas kepada YB Datuk Bobbey Suan atas inisiatif ini membantu membangunkan orang sendiri. inilah kelebihannya jika seorang wakil rakyat itu berasal dari daerahnya sendiri, kerana ia membesar bersama masyarakat sebelum ini. dan syabas kepada mereka yang rajin berusaha. thaniah datuk

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan rozie. Semoga calon2 yang bakal bertanding nanti adalah 'winnable candidates'.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya penduduk Nabawan boleh menoreh hasil getah setelah lama menunggu saat ini.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kepada Adun Nabawan kerana menyediakan usaha untuk meningkatkan pendapat penduduk Nabawan.

    ReplyDelete
  9. harap mereka dpt meningkatkan taraf hidup dgn hasil getah mereka.

    ReplyDelete
  10. syabas kepada Bobbey.. beliau memang layak diberikan gelaran ‘Kalawon Atulai’..

    ReplyDelete
  11. saya yakin bahawa Bobbey adalah winnable candidate untuk kawasan itu.. semua wakil rakyat perlu mencontohi wakil rakyat yang diakui sendiri oleh rakyat memiliki kewibawaan serta kepimpinan yang baik dan berjiwa rakyat..

    ReplyDelete
  12. Bagus. Ni la contoh wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Harus dicontohi oleh wakil2 rakyat yang lain.

    ReplyDelete
  13. kemungkinan akan dicalonkan lagi pada PRU13

    ReplyDelete