Oleh : AZMAN ARIFFIN
MEMBACA kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kelmarin, dalam sebuah portal berita yang memandang remeh dakwaan dibuat Raja Petra Kamarudin (RPK) mengenai kewujudan amalan rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, memang mengecewakan penulis.
Malah Khalid juga menolak untuk menyiasat lebih lanjut dakwaan RPK itu dengan alasan RPK gagal mengemukakan bukti.
Penulis melihat kenyataan Khalid ini bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Politiknya dua hari lepas yang mengatakan kerajaan Selangor sanggup membiayai kos perjalanan RPK untuk membuktikan dakwaannya itu yang mendapat liputan meluas pada Ahad.
Rakyat rasanya lebih gemar kalau peluang diberikan kepada RPK untuk membuktikan dakwaan yang sedemikian kerana isu rasuah ini adalah sempadan yang membezakan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) sekarang.
Benar, penulis pernah mengesyorkan supaya Pakatan Rakyat menamatkan sebarang kerjasama dengan RPK sebelum ini lanjutan dari temuramah eksklusifnya dengan NST dan Utusan Malaysia pada Ahad, tapi itu terhad kepada hal-hal yang berkaitan politik, bukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti mana yang didakwanya?
Isu rasuah dan penyelewengan dalam urus tadbir kerajaan ini adalah perkara serius. Jika Khalid mengambil pendirian untuk tidak mempedulikan dakwaan RPK itu, ia hanya akan merosakkan lagi keyakinan rakyat ke atas intergriti PKR dan Pakatan Rakyat sebagai badan unggul dalam isu-isu berkaitan hal tersebut.
Kesan yang satu lagi, apa yang akan terjadi jika BN juga mengambil pendirian yang sama, menolak semua dakwaan rasuah dengan alasan tidak ada bukti? Sudah tentu selamanya masalah rasuah ini tidak akan selesai dan terus menjadi penyakit masyarakat di negara ini.
Khalid perlu ingat, pendedahan mengenai skandal National Fedlot Corporation (NFC) oleh PKR, tidak bermula dari dokumen yang menimbun atau saksi yang bersusun, sebaliknya dari sekeping kertas putih biasa yang hanya menunjukkan angka-angka pembelian seunit kondominium mewah bernilai lebih RM 9 juta di Bangsar oleh perbadanan tersebut.
Hanya kemudiannya baru disahkan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif NFC bahawa hakikatnya ada dua buah kondo dengan nilai pembelian melebihi RM13 juta, kononnya untuk tujuan pelaburan, itupun setelah mendapat tekanan dari dalam dan luar kerajaan.
Itu sahaja menunjukan bahawa bukti akan datang dengan sendiri jika ada lanjutan dalam bentuk siasatan. Lebih teruk dari itu, kesediaan BN membenarkan pihak berkaitan menjalankan siasatan, telah sedikit sebanyak menaikkan pengaruhnya di kalangan rakyat!
Penulis rasa, menjadi satu kesalahan yang besar kalau Khalid tidak langsung mempedulikan dakwaan oleh RPK ini. Seolah-olahnya kita cuba menyembunyikan masalah ini daripada pengetahuan rakyat dengan menolak sebarang siasatan ke atas dakwaan tersebut.
Sebagai Menteri Besar dan pemimpin PKR dalam masa yang sama, Khalid tidak boleh merosakkan integriti yang telah dibina bertahun-tahun lamanya dalam soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa melalui kenyataan seperti ini.
Menutup coretan pada hari ini, penulis berpendapat, tidak ada apa yang hendak ditakutkan dengan dakwaan RPK itu jika benar Selangor bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam pentadbiran negerinya.
Adalah lebih bijak kalau cadangan asal untuk membawa RPK pulang bagi membuktikan dakwaannya diguna pakai. Paling tidak, menghantar wakil untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada beliau berkenaan dengan dakwatan tersebut dan menjalankan siasatan yang sepatutnya.
Apa salahnya menyiasat dakwaan ini? Jika betul, ambillah tindakan, jika tidak betul, boleh membersihkan nama orang yang terlibat.
ReplyDeleteLebih baik kita tunggu maklumat lanjut jika ada tentang kes yang dibangkitkan ini.
ReplyDeleteThis allegation should be investigated at earnest.
ReplyDeleteSiasat sajalah. Tiada apa yang perlu ditakutkan jika tidak bersalah kan?
ReplyDeleteKalau di Sabah kecih pasal Akjan, di malaya kecoh pasal RPK?
ReplyDeleteBukannya RPK yang perlu disiasat namun yang perlu disiasat adalah Kerajaan Selangor itu sendiri.
ReplyDeleteRPK teruskan usaha menghebohkan dan membocorkan kelakuan PR. Biar rakyat nampak sendiri. Selama ini PR asyik menghangatkan Kerajaan BN sekarang tiba giliran RPK melakukannya untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.
ReplyDeletelebih baik dakwaan tersebut disiasat.
ReplyDeletekenapa Khalid menolak untuk menyiasat lebih lanjut tentang dakwaan yang dibuat oleh RPK?? atau mungkin semua dakwaan RPK benar??
ReplyDeleteseperti yang kita ketahui, sebelum ini RPK banyak bekerjasama dengan Pakatan.. oleh itu, tidak mustahil beliau banyak mengetahui apa yang berlaku dalam kerajaan pimpinan Pakatan..
ReplyDeleteLebih baik lakukan siasatan. kalau ada kepincangan harus dikena tindakan.
ReplyDeletekerajaan selangor berada di tangan pembangkang. Tiada pihak yang terlepas dari undang2.
ReplyDelete