Wednesday 18 January 2012

SIAPA PARASIT DALAM PAS ?

Oleh : AZMAN ARIFFIN

PERSOALAN besar yang berlegar-legar dalam kotak pemikiran penulis sejak kelmarin ialah, siapakah dia ‘kumpulan parasit’ dalam PAS yang disebut Datuk Dr. Hasan Ali dalam sidang media di kediamannya pada Isnin?

Kelihatannya soal kumpulan parasit ini begitu penting sekali sehinggakan Hasan Ali mengumumkan secara terbuka sanggup memohon untuk kembali semula ke dalam PAS sekiranya parti tersebut dibersihkan dari kumpulan parasit ini.

Sudah tentu sebagai ahli akademik terkenal, Hasan Ali tidak akan menggunakan akronim yang tidak bersesuaian dengan situasi yang digambarkannya sedang berlaku dalam PAS.

Parasit dari segi bahasa bermaksud hidupan yang bergantung kepada hidupan lain untuk terus hidup.

Penulis berpandangan, bila bercakap tentang Hasan Ali dan polemiknya di Selangor, 2 nama ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja iaitu Dr. Abd Rani Osman (ADUN Meru) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Adakah kedua mereka ini ‘parasit’ yang dimaksudkan Hasan Ali?

Kedua mereka adalah masing-masing Pesuruhjaya PAS Selangor dan Timbalan Pesuruhjaya PAS II Selangor.

Khalid Samad diketahui menentang kuat Hasan Ali dalam isu serbuan gereja di Damansara Utama oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Dr. Rani pula dituduh menjadi dalang yang menyebabkan Hasan Ali disingkirkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Penulis masih berpandangan bahawa apa jua masalah yang dihadapi Hasan Ali sehingga membawa kepada pemecatannya dari PAS adalah disebabkan oleh dirinya sendiri.

Tidak ada parasit yang memaksa Hasan Ali mengeluarkan kenyataan mengenai isu serbuan JAIS ke ats gereja DUMC tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Menteri Besar dan jemaah Exco negeri.

Begitu juga apabila Hasan Ali mempersoalkan moral Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dasar PAS untuk memperjuangkan Negara Kebajikan setelah menggugurkan negara Islam. Parasit jenis apa pula yang terlibat?

Bagaimanapun, penulis berpendapat, PAS membuat kesilapan jika menolak begitu sahaja dakwaan oleh Hasan Ali. Paling tidak menyiasat kebenaran di sebalik dakwaan yang bakal dibuatnya nanti dan membuat pembetulan yang sewajarnya.

Ini penting bagi mengelakkan perpecahan dalaman antara kelompok penyokong Hasan Ali yang masih bersama PAS dan kumpulan penyokong pemimpin yang bakal dinamakan sebagai parasit dalam PAS oleh Hasan Ali nanti.

10 comments:

  1. PAS should beware of these parasites before they ruin the party, throw out the rotten apples so that they will not ruin the whole barrel.

    ReplyDelete
  2. Although Hassan Ali is seen as a parasite himself, but PR should not take his statements or criticisms lightly. PR must learn how to take criticism to improve themselves.

    ReplyDelete
  3. PAS perlu mencari parasit2 yang wujud dalam parti mereka kerana parasit ini yang akan menjatuhkan PAS.

    ReplyDelete
  4. mungkin ada ramai parasit dalam PAS cuma diam2 saja. Takut dilucutkan keahlian.

    ReplyDelete
  5. Hassan Ali jujur dengan diri dia. dia tahu perjuangan PAS ada yang terkeluar dari landasan. Yang lain tu mungkin tidak berani bersuara biarpun sedar akan hal tersebut.

    ReplyDelete
  6. ahli mahupun pemimpin sesebuah parti lebih baik disingkirkan jika sudah tidak sehaluan kerana ini memang merugikan parti. apa lagi jika terus menerus memperlihatkan penentangan.

    ReplyDelete
  7. macam2lah kenyataan bila sudah keluar parti. entah lepas ni mana agaknya halatuju Hasan Ali.

    ReplyDelete
  8. Bukannya parasit tapi kerana pemimpin PAS sendiri yang tidak pandai melaksanakan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  9. Every party has its own parasites.

    ReplyDelete
  10. kalau apa yang bakal didedahkan oleh Hassan Ali itu tidak benar, jangan risau la.. kalau ketika Hassan Ali masih bersama PAS, beliau dipecat kerana membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan kehendak pemimpin2 PAS, sekarang beliau berhak menggunakan kebebasan bersuara tanpa perlu risau dipecat oleh mana2 pihak..

    ReplyDelete