Wednesday, 18 January 2012

PENGUNJUNG KECEWA BR1M TIDAK DITEPATI



Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

HAMPIR 10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dijanjikan kerana tidak ditepati oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Yang DiPertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan mendakwa, hampir sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan Semporna yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M tersebut.

“Mereka datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang telah dijanjikan kerajaan. Namun, mereka agak kecewa kerana hanya sekitar 3,000 ribu sahaja yang menerima bantuan tersebut,” dakwa Julpikar lagi.

Menurutnya, kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat terutama apabila janji sudah dibuat, maka peranan perlu dibuat secara serius dan adil.

Program pemberian BR1M yang diadakan sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Pekan Semporna kelmarin turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah turut menempelak Muhyiddin kononnya BR1M tersebut tidak ada kaitan dengan politik.

“Cakap tidak ada main-main politik. Tapi, ucapan-ucapannya jelas bermotifkan politik bagi meraih undi. Ini duit, duit rakyat yang bayar cukai. Bukan duit Umno BN. Kenapa perlu mengatakan Umno yang bagi?” ujarnya.

Sehubungan itu, Julpikar menyeru rakyat Sabah untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno BN yang ‘besar kepala’ dengan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

11 comments:

  1. This BR1M is the government's duty to the people, hope that the voters will accept it. The aids should be given to all successful applicants as promised.

    ReplyDelete
  2. From the way Julpikar urged the people to support PR, isn't it the same as what he claims BN is doing? People living in glass houses shouldn't cast stones.

    ReplyDelete
  3. hnya mereka yang layak sahaja akan mendapt bantuan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Bukankah mereka yang memohon dan lulus permohonan saja yang diberi? Kalau permohonan tidak diluluskan buat apa datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa mereka ni belum cek nama mereka ada tersenarai ataupun sebaliknya.

      Delete
    2. That's the purpose of filling the BR1M form. If everybody can get the BR1M, no need to fill any forms. Common sense.

      Delete
  5. Julpikar kutuk berabisan tu bukan meraih undi daripda rakyat?

    ReplyDelete
  6. rasanya ini silap rakyat juga. mungkin mereka tidak mendengar penerangan yang sudah dibuat oleh kerajaan seawalnya.

    ReplyDelete
  7. Apa yang sebenarnya berlaku mengenai BR1M? Harap rakyat bersabar untuk perkara ini. Pasti kerajaan akan melaksanakannya dan memastikan semua perkara yang dijanjikan dapat ditunaikan.

    ReplyDelete
  8. Julpikar patut jumpa rakyat yang tidak bernasib baik itu dan tanya kenapa mereka tidak dapat bantuan itu.. mungkin juga mereka tidak layak.. sekiranya mereka layak, Julpikar patut bantu mereka bukannya menggunakan kekecewaan mereka untuk meraih sokongan politik..

    ReplyDelete
  9. bagaimana dengan PAS? adakah mereka tidak pernah mengaitkan bantuan mereka dengan politik??

    ReplyDelete