Friday 20 January 2012

SIASAT PEMBELIAN ASET KELUARGA SHAHRIZAT

By : ANWAR IBRAHIM

SAMBIL menyambut baik keputusan kerajaan melantik firma juruaudit bagi menyiasat dan membongkar penyelewengan dalam syarikat penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR juga mahu segala pembelian yang dibuat oleh keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga diaudit.

Dalam membuat cadangan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata audit mesti dijalankan termasuk pembelian aset yang dibuat oleh ahli keluarganya dari semasa kontrak dianugerahkan.

"(Ini) termasuk pembelian atas nama peribadi untuk menentukan sama ada dana NFC telah digunakan bagi tujuan peribadi,” katanya.

Skop audit, kata Rafizi mesti termasuk menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain, perbelanjaan oleh syarikat-syarikat lain yang ditanggung NFC dan segala operasi oleh pihak ketiga yang ditanggung atau berkaitan dengan NFC.

"Menyiasat setiap perbelanjaan oleh NFC untuk memastikan ia benar dan tepat dengan matlamat penubuhan NFC.

"Ini termasuklah memastikan bahawa setiap perbelanjaan adalah berpatutan, berpada-pada, diluluskan dan ada kena mengena dengan aktiviti penternakan lembu seperti yang dimandatkan kepada NFC,” katanya.

Rafizi, yang juga bekas seorang juruaudit turut mencadangkan empat lagi skop yang perlu dilakukan.

Menyiasat proses membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam meluluskan projek NFC serta penganugerahan projek kepada keluarga menteri.

Menyiasat proses pemberian dana kepada NFC oleh Kementerian Kewangan untuk menentukan ia mengikut prosedur Perbendaharaan dan amalan terbaik (Best Practices).

Menyiasat setiap pemindahan wang keluar dari NFC kepada pihak ketiga untuk memastikan tidak ada unsur penyelewengan. Ini termasuklah menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain.

Menyiasat setiap pembayaran besar dan berkala oleh NFC dan syarikat-syarikat berkaitan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk menentukan latar belakang pembekal dan individu terbabit yang berurusan dengan NFC

8 comments:

  1. Saya sokong penyiasatan aset keluarga Sharizat, penggunaan rakyat untuk pembelian persendirian wajar diambil tindakan.

    ReplyDelete
  2. siasatan perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  3. Alang-alang siasat kes NFC, siasat saja semua yang berkaitan dengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti banyak individu yang akan diheret dalam kes ini selain Sharizat dan keluarganya bila SPRM membuat siasatan menyeluruh.

      Delete
  4. tidak perlu sebarang spekulasi tunggu saja hasil siasatan

    ReplyDelete
  5. Teruskan siasatan mengenai perkara ini. Kita tunggu apa keputusan selanjutnya.

    ReplyDelete
  6. pelbagai tekanan diberikan kepada keluarga Shahrizat sedangkan isu NFC tidakpun mendatangkan kerugian kepada negara.. pembangkang lebih banyak merugikan negara dimana mereka sanggup menakut2kan pelabur untuk melabur di negara ini..

    ReplyDelete
  7. tunggu saja la bagaimana saman yang dibuat oleh Shahrizat kepada individu yang berkenaan.. kalau Sharizat menang, entah dimana dia mahu cari duit untuk bayar rm100 juta..

    ReplyDelete