Saudara Pengarang,
SAYA tidak faham bahawa 8 permintaan BERSIH 2.0 tidak diambil tidak balas atau diterima atau diguna pakai oleh UMNO/BN, kecuali Dakwat Kekal.
Permintaan tersebut adalah logik dan tidak keterlaluan di samping bukti sokongan oleh lebih 100,000 (seratus ribu) penunjuk perasaan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 tahun lalu.
Tidak ada jawapan yang memuaskan daripada pihak UMNO/BN. Adakah ini bererti pihak UMNO/BN sudah 'angkat bendera putih' ataupun mmenerima desakan BERSIH 2.0 tersebut yang munasabah, diterima akal dan benar.
Kalau UMNO/BN tidak endahkan desakan BERSIH 2.0 itu, saya tidak hairan bahawa BN akan 'lingkup' pada pilihan raya akan datang.
Persoalannya, di mana janji TRANSFOMASI kerajaan? Lagipun banyak isu lain yang dijawab oleh kerajaan BN tidak memuaskan di antaranya:
A) Salah guna wang NFC
B) Salah guna wang zakat.
C) Lapuran Ketua Audit Negara.
Semua ini perlu mendapat jawapan yang memuaskan dari pihak Kerajaan Barisan Nasional.
Salam Hormat,
DATUK HJ ZAINI BIN MOHD. ISA.
Kerajaan BN perlulah memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai isu NFC, Zakat dan Laporan Audit Negara yang hangat baru-baru ini.
ReplyDeletePSC juga membangkitkan beberapa cadangan sendiri dan 7 daripada cadangan tersebut akan digunapakai bila PRU-13.
ReplyDeletecadangan PSC lebih baik daripada cadangan bersih.
ReplyDeletetapi tuntutan Bersih diambilkira juga dalam perbincangan PSC. rasanya PSC sudah mendapat kata putus yang terbaik untuk PRU.
DeleteDaripada semua cadangan Bersih 2.0 kena rejek bulat-bulat..mana satu yang lagi tidak memuaskan?
ReplyDeleterasanya ada juga yang tidak reject. tuntutan tersebut masih dipertimbangkan.
DeleteHarap cadangan SPC akan memberi impak positif terhadap penambahbaik pilihanraya
ReplyDeletePenyokong bersih yang ada pun hari itu cuma penyokong pembangkang. Jadi bagaimana pula Kerajaan akan lingkup pada PRU 13? Rasanya itu tidak akan terjadi. Jika dibandingkan penyokong PR dan BN, BN melebihi PR.
ReplyDeleteJawantan kuasa khas telah ditubuhkan bagi membuat kajian penambah baik PRU 13 tersebut. Maka kita harap tidak akan ada pihak yang cuba memberikan khabar angin mengenai PRU.
ReplyDeletemenurut SPR antara 8 permintaan BERSIH itu, hanya 4 sahaja yang boleh dibincangkan oleh SPR dimana 4 lagi cadangan adalah bukan tertakluk di dalam bidang kuasa SPR Malaysia..
ReplyDeletekalaupun semua cadangan BERSIH dilaksanakan, adakah mereka akan memuji kerajaan?? lihat sahaja ketika SPR mengumumkan dakwat kekal akan digunakan.. pelbagai kritikan dilemparkan seolah2 mereka sendiri tidak bersetuju dengan cadangan yang mereka kemukakan..
ReplyDelete