Tuesday 24 January 2012

TAHUN BARU CINA UNTUK SEMUA

BINCANG......TYT Tun Hj Juhar sedang memperkatakan sesuatu dengan Pairin.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MAJLIS Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan di negara ini, khususnya di Sandakan memang sudah menjadi satu budaya kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan kaedah ini.

Acara sebegini tidak terdapat di mana-mana negara luar kerana pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban terus menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada Sabahkini.Net pada majlis rumah terbuka Gong Xi Fa Cai anjuran gabungan parti LDP seluruh Sabah di Dewan Futsal Sandakan, kelmarin.

V.K.Liew berkata inilah keunikan di negara ini walaupun mempunyai ramai suku kaum, yang berlainan kepercayaan anutan agama dan adat resam budaya yang berbeza-beza, ditambah pula dengan sistem ala kongsi kuasa dalam menerajui pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri; maka wujudlah semangat setia kawan bagi menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama yang intim di kalangan rakyat majmuk.

Sementara Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bagi kawasan Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin yang dilangsungkan di Restoran Kenalanmu (Keranamu) telah dihadiri lebih 1,000 orang yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Hj Juhar Hj Mahiruddin dan Isteri, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PBS, Datuk Dr Yee Mo Chai dan Ketua Pemuda PBS Pusat Datuk Jahid Jahim.

MESRA..... Tiga Pemimpin Majlis Tertinggi PBS, Pairin, Yee dan Linda Tsen

GONG XI...Datuk VK Liew dan Datin Dr Lindai Lee disambut semasa ketibaannya di majlis tersebut.

Dalam kesibukan Linda melayani tetamu sambil mengageh-agehkan Ang Pau namun sempat memberi sedikit ruang kepada Sabahkini.Net untuk diwawancara mengenai tujuan mengadakan majis seumpama ini.

Katanya, program sebegini diadakan pada saban tahun menjurus kepada menyuntik semangat perpaduan dan mewujudkan keharmonian dan semangat muhibbah di kalangan penduduk setempat.

“Saya cukup gembira kerana semua rakyat tidak kira penyokong PBS dan BN di daerah ini telah sudi menghadiri majlis rumah terbuka ini. Dengan cara sebegini pemimpin dapat bertemu mesra antara satu sama lain, terutama sekali bagi kaum masyarakat Cina yang menyambut tahun baru,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment