Monday 9 January 2012

UBA DAN STAR TEMUI 'FORMULA' TUMPASKAN BN


Oleh: SYARIF THARMIZI

PELANCARAN sebuah lagi parti baru, STAR yang diterajui ‘Dua Harimau di Dua Buah Gunung’, masing-masing oleh Mantan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan di Sabah; manakala Presiden parti itu Dr Dripin anak Sakoi mengemudinya di Sarawak.

Ketika pelancaran yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang, pada 6 januari lalu, memperlihatkan sambutan amat memberangsangkan yang dihadiri kira- kira 5,000 orang; sudah tentu membuatkan Jeffrey lebih yakin dan selesa untuk memulakan langkah pertama beliau bersama rakyat bagi mencapai misi dan visinya yang tergendala selama ini.

Setelah keesokan harinya, pastilah timbul pelbagai komen daripada parti-parti lain dalam BN yang menghiasi dada akhbar kerana Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dengan tegas menyatakan bahawa STAR tidak akan mendapat sambutan di Sabah; manakala Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok pula menyifatkan Jeffrey sekadar ingin memburu impiannya dengan menerajui STAR di Sabah.

Komen ketiga-tiga pemimpin parti yang berakarkan KDM itu adalah jelas sekali memperlihatkan bahawa mereka diulit perasaan menggelabah dan penuh kecurigaan kerana bimbang talian hayat politik mereka akan berakhir dalam masa terdekat dengan kelahiran STAR pimpinan Jeffrey yang bakal mengemudi cabaran ‘Tukar Baju, Tukar Celana’ di Sabah.

Tidak ada perkataan lain yang sesuai diungkap dalam usaha mengekang kemaraan STAR yang mula menenggelamkan arus politik mereka selain dari mencerca dan merendah-rendahkan kewibawaan STAR di bawah teraju pemimpin ‘Maverick’ Politik, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan; malah Kelahiran STAR kini benar-benar menggugat kekuatan pengaruh mereka, terutama sekali di kawasan KDM.

Umum sedia maklum, bahawa selagi PBS, PBRS dan UPKO berada dalam BN, sekaligus bersekongkol dengan UMNO, rakyat tetap akan menolak mereka pada PRU13 kelak.

Lebih-lebih lagi beberapa masalah yang perlu diselesaikan segera seperti penubuhan RCI, Isu GSTT, Isu belia belia melepak dan tersadai di Kuala Lumpur dan Isu NCR kerana mereka lakukan secara sambil lewa, hanya mula serius ketika PRU13 sudah hampir.

Laungan-laungan suara jelas kedengaran daripada rakyat jelata di mana sahaja mereka berada dan tanpa segan silu, memekik lantang dan menyebut slogan “Ini kali lah!..Bila lagi kalau bukan sekarang!, Kamon oyo tumbang barisih!, Sanggilan poyoh!” senantiasa berkumandang di udara untuk meniup sentimen pengundi agar melakukan perubahan drastik ketika PRU13.

Malahan ada yang sanggup berkata, “Bukan sahaja tukar baju, tetapi kita mahu tukar seluar dan pindah rumah baru juga!”

Dalam pada itu, sekalipun gandingan mantap di kalangan UNITED BORNEO ALLIANCE (UBA) satu-satunya Gagasan Pembangkang yang membariskan parti-parti tempatan seperti STAR, SAPP, dan USNO (Baru); namun diyakini tidak akan beroleh kekuatan yang lebih mantap dan menjamin kemenangan gagasan itu pada PRU13, jika kepimpinan gagasan itu tidak menyediakan calon ‘Winnable Candidate’ untuk menggalas tugas dalam misi menumbang calon-calon BN kelak.

Meskipun Jeffrey belum menyatakan dengan sejelas-jelasnya bakal calon diberi tugas sebagai sandaran kemenangan gagasan itu pada PRU13, namun beliau sudah memberi bayangan bahawa kecirian ‘Winnable Candidate’ terdiri daripada golongan muda professional, berwibawa, berketrampilan dan disenangi rakyat di sesuatu kawasan menjadi fokus pilihan beliau.

Jika itulah kriteria menjadi pegangan Jeffrey sebagai pra syarat pemilihan calon dan tidak mengulangi kesilapannya dalam PKR pada PRU-12 lalu, tidak syak lagi STAR dan UBA tidak ada halangan untuk menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 kelak.

13 comments:

  1. Star dan UBA nampak macam yakin je. Baik kita tunggulah PRU-13 untuk melihat corak pengundi kita di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Tapi saya rasa kurang yakin dengan cara si Jeffrey yang suka melompat parti. Macam manalah kalau Jeffrey lari lagi selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeffery mcm tiada pendirian dalam perjuangan, asyik tukar2 ja.

      Delete
  3. biar rakyat tentukan siapa yang mereka rasa layak untuk memimpin mereka.

    ReplyDelete
  4. Masih terlalu awal untuk menilai kekuatan UBA-STAR ini.

    ReplyDelete
  5. STAR mahu bertanding dalam PRU-13? saya kurang yakin. bagaimana pula pencapaian STAR di Sarawak sebelum ini?

    ReplyDelete
  6. saya salute dan respect dengan Jeffrey namun ada juga keraguan yang timbul tentang perjuangan beliau ni.

    ReplyDelete
  7. formula? sejuah mana keberkesenan formula tu? harap2 tu formula dapat menempatkan Star pada tahap yang selesa pada PRU13

    ReplyDelete
  8. Kalau setakat cakap saja rasanya tidak ada guna juga STAR ditubuhkan.

    ReplyDelete
  9. Apa pun penentu semua ini adalah pada PRU 13 nanti. Kita pasti bahawa STAR akan bersama dengan SAPP dan PR untuk semua ini. STAR tidak berani untuk duduk dan bertanding tanpa PR dan SAPP.

    ReplyDelete
  10. formula terbaik ialah dengan mengadakan pertandingan satu lawan satu.. jika Pakatan Rakyat dan Pakatan Borneo masing2 mahu meletakkan calon, undi akan berpecah dan sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada parti pemerintah..

    ReplyDelete
  11. STAR tidak patut berada di Sabah.. tindakan Jeffrey membawa parti ini ke Sabah seolah2 beliau cuba meremehkan parti tempatan pembangkang yang ada di negeri ini..

    ReplyDelete