Monday 9 January 2012

ANWAR TIDAK BERSALAH, PERBAIKI IMEJ KEHAKIMAN


Oleh : AZMAN ARIFFIN

DALAM kita memanjatkan kesyukuran lanjutan dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar, penulis melihat wujudnya ruang-ruang yang perlu Pakatan Rakyat sendiri perbaiki lanjutan daripada keputusan ini.

Sepanjang 3 tahun perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II ini, sudah banyak kata-kata negatif yang dihambur kepada sistem keadilan di Malaysia, lanjutan dari kepercayaan bahawa sistem ini tidak adil korup dan banyak campur tangan eksekutif.

Malah dalam beberapa hari sebelum keputusan diumumkan pun, sudah banyak hal-hal serupa yang dibincangkan sehingga sudah terlekat tanggapan bahawa Anwar memang akan didapati bersalah atas campur tangan politik di pihak mahkamah.

Bagaimanapun, apabila keputusan hari ini benar-benar membuktikan sebaliknya, penulis rasa sudah sampai masanya seluruh jentera Pakatan Rakyat kembali membaiki semula imej sistem kehakiman yang selama ini mendapat publisiti buruk dari kita sendiri.

Walaupun proses ini sebenarnya masih belum berakhir lagi, dengan penulis yakin pihak pendakwaan akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan, tapi sekurang-kurangnya keputusan Mahkamah Tinggi ini bolehlah dikatakan sebagai permulaan yang baik.

Penulis sudah dapat rasakan bagaimana penyokong BN akan mengambil kesempatan daripada keputusan ini untuk membaiki imej UMNO dan BN dengan mengikis sepenuhnya imej fitnah dan konspirasi yang sering dituduh kepada mereka selama ini.

Walaupun belum ada yang memulakan tapi percayalah, keadaan itu tidak akan berkekalan lama.

Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh menjejaskan reputasi dan imej Pakatan Rakyat itu sendiri, lebih-lebih lagi bila kenyataan-kenyataan mengkritik sistem kehakiman itu kebanyakannya masih baru dan mudah di’quote’.

Keputusan ini juga secara tidak langsung akan digunakan penyokong UMNO untuk membuktikan bahawa tanggapan yang ditanam difikiran rakyat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak masuk campur dalam urusan kehakiman selama ini adalah tidak benar sama sekali.

Ini satu lagi masalah yang lebih merungsingkan penulis.

Perlu ada pendekatan dan strategi tertentu untuk menangani masalah sedemikian kerana soal ini sudah banyak kali dibangkitkan, bukan setakat itu sahaja, ia juga ayat wajib yang mesti ada setiap kali membicarakan soal pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar ini.

Tapi penulis yakin ia boleh dilakukan kerana dalam keadaan sekarang penyokong UMNO akan menyerang habis-habisan sistem kehakiman negara kita kerana membebaskan Anwar yang mereka sangat yakin akan didapati bersalah.

Tiba giliran kita pula yang mempertahankannya.

12 comments:

  1. Imej kehakiman Malaysia sememangnya sudah dibaiki, ini boleh menunjukkan bahawa kehakiman kita adalah bebas.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan kes ini akan ditutup buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  3. imej cabang kehakiman negara telah dipulihkan dengan pengumuman keputusan mahkamah terhadap perbicaraan DSAI

    ReplyDelete
  4. Ini sekali gus menghancurkan spekulasi yang menyatakan cabang eksekutif ada campurtangan dalam proses penghakiman sesuatu kes.

    ReplyDelete
  5. Tiada erti keadilan jika badan kehakiman kita dipengaruhi atau dikawal oleh pihak2 tertentu.

    ReplyDelete
  6. ini menunjukkan bahawa dakwaan kehakiman negara tidak bebas adalah tidak benar.

    ReplyDelete
  7. adakah ini sudah cukup membuktikan bahawa sistem kehakiman negara benar2 adil dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak?

    ReplyDelete
  8. banyak yang meragukan dalam dunia politik ni. harap2 keputusan ini tidak memburukkan lagi keadaan politik negara.

    ReplyDelete
  9. Keputusan mahkamah dapat menutup mulut-mulut yang memberikan pandangan buruk terhadap kehakiman negara.

    ReplyDelete
  10. Mungkin ini juga dapat membersihkan nama Kerajaan BN yang kununnya cuba untuk memastikan Anwar tetap dipenjara. Tapi nampak semua itu cuba khabar angin.

    ReplyDelete
  11. imej kehakiman negara telah tercemar sepanjang kes perbicaraan Anwar.. malah media2 asing juga telah memberikan gambaran negatif terhadap sistem kehakiman negara setelah pemimpin2 pembangkang berkali2 membuat tohmahan terhadap institusi ini.. oleh sebab itu, Anwar wajar tampil membersihkan imej badan kehakiman negara memandangan keadilan akhirnya memihak kepada beliau..

    ReplyDelete
  12. tapi apa yang meragukan saya tentang kes Anwar, kenapa beliau perlu mengajak penyokong2 beliau untuk melakukan demonstrasi bagi membebaskan beliau jika benar beliau tidak bersalah?? bagaimana dengan peguam2 handalan beliau??

    ReplyDelete