Sunday 4 March 2012

11 IKUTI KURSUS PESURUHJAYA SUMPAH


SIJIL.....Santee Villiamon menerima Sijil Kursus Pesuruhjaya Sumpah daripada Penganjur.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 11 peserta dari seluruh Sabah telah mengikuti Kursus Kaedah Pesuruhjaya Sumpah yang diadakan selama sehari di sebuah hotel di Kota Kinabalu, kelmarin.

Taufick Hj Ruschi yang mengetuai 11 peserta kursus tersebut; yang sekaligus bertindak sebagai jurucakap pihak penganjur menjelaskan, tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk memberikan kefahaman yang mendalam mengenai kaedah-kaedah perundangan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di kalangan mereka.

Selain itu, tambah Taufick ia juga menjurus membuka ruang kepada mereka yang berminat untuk menerajui urusniaga sebagai Pesuruhjaya Sumpah di tempat masing-masing.

“Saya berharap kepada para peserta yang telah mengikuti kursus tersebut walaupun hanya sehari sahaja, namun segala ilmu yang diperolehi melalui kursus tersebut dapat digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya,” ujar Taufick.

1 comment:

  1. thanks for sharing. how do we sign up for this kursus?

    ReplyDelete