Friday, 30 March 2012

SKANDAL ADUN KASANOVA SABAH


Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

WALAUPUN sudah menunaikan fardu haji, namun ADUN Sabah yang berpangkat Datuk ini tidak dapat meninggalkan sikap kasanovanya dan terus menunjukkan hidung belang mengheret gadis dan wanita ke ranjang.

ADUN yang berpangkat 'Datuk' dan Pengerusi sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Sabah ini sudah mempunyai tiga isteri, namun kini sedang ligat mengusung 'dua gadis' berlainan masa dan menjadikan Hyyat Kinabalu sebagai 'Istana Hinggap' yang bilnya dibayar oleh Badan Berkanun berkenaan.

Siasatan Paparazzi mendapati Datuk 'S' (Bukan nama sebenar) ini telah bernikah dengan isteri kedua bernama 'SOFEA' (Bukan nama sebenar) yang dikenalpasti sebagai pemegang 'IC Projek' yang juga anak saudara kepada seorang pembesar negeri.

Sofea mempunyai salon rambut di Tingkat Dua Centre Point, Kota Kinabalu dan perkahwinan ini diketahui isteri pertama 'Datuk S' yang juga seorang pegawai kerajaan.

Kakitangan 'Istana Hinggap' memberitahu Paparazzi bahawa beliau sering melihat Sofea bermalam dengan Datuk S di 'Istana Hinggap' sejak lebih setahun lalu dan sering melihat kereta Sofea diletakkan di tempat letak kereta Hyyat.

Paparazzi berjaya mengekori Sofea yang tinggal di rumahnya di Ujana King Fisher yang dibeli Datuk S beberapa tahun lalu dan pernah melihat kereta Datuk S diletakkan di hadapan rumah Sofea.

Namun Sofea dan 'Datin J' (isteri pertama Datuk S) tidak mengetahui Datuk S bernikah dengan bekas isteri kedua seorang tokoh politik, 'Datuk Y' di Thailand yang bernama 'Datin N' (Bukan nama sebenar).

Datin N mengusahakan sebuah kedai cenderahati di sebuah komplek membeli belah di Kuala Lumpur dan tinggal di sebuah pangsapuri mewah di tengah ibu kota.

Kedua-dua pernikahan ini tanpa kebenaran Mahkamah (Poligami) dan kini Datuk S sedang memilih sama ada untuk menjadikan 'Z' atau 'M' sebagai isteri keempat atau terus menyimpan mereka sebagai 'Gundik'.

Untuk mengetahui siapakah Datuk S dan lanjutan Skandalnya, sila ikuti di siri yang akan datang kerana jika mendapat izin peguam, akan memaparkan gambar Datuk S dan segala aktiviti 'HARAM' Datuk S sebagai Pengerusi Badan Berkanun berkenaan sehingga berjaya mengumpul harta yang banyak.

7 comments:

  1. emmmm apa lagi le nanti ni. serang dan terus serang sesama sendiri parah akibatnya

    ReplyDelete
  2. Kalau sudah miang, mianglah juga. Jangan pula guna duit rakyat untuk puaskan nafsu tu.

    ReplyDelete
  3. Siapa gerangan Datuk yang dimaksudkan ni? kalau berani, terus dedahkan..

    ReplyDelete
  4. entah benar ke tidak cerita ni.. sapalah Adun tersebut?
    jika nak buat tuduhan perlu ada bukti, jgn buat tuduhan sembarangan

    ReplyDelete
  5. Sebaiknya perlulah adil dan jujur dalam perhubungan.

    ReplyDelete
  6. Mahu juga tahu siapakah Datuk yang dimaksudkan itu.

    ReplyDelete
  7. jika wujud penyalahgunaan kuasa atau wujud unsur2 rasuah, buat saja la laporan polis atau sprm.. kenapa perlu buat cerita bersiri seperti ini??

    ReplyDelete