Friday 30 March 2012

AWASI JERAT PERPECAHAN JIKA INGIN MENANG



Oleh : BOBBY EWAT

AURA Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) semakin terasa. Segala jentera parti kerajaan dan pembangkang telah bersedia untuk menghadapi piliharaya umum pada bila-bila masa.

Pilihanraya kali ini diwar-warkan dianggap sebagai perlawanan 'Hidup Mati' yang paling sengit dan bakal dikotori dengan pelbagai elemen yang memungkinkan dicatat sebagai 'Pilihanraya Terkotor' di abad ke 21.

Sehubungan itu, parti pembangkang sudah menjangkakan akan menghadapi persaingan yang bukan kepalang dan wajib melakukan persiapan paling rapi untuk menghadapi serangan Psikologi (Saiwar) BN yang mempunyai sasaran khusus iaitu melumpuhkan jentera pembangkang dan memenangi PRU-13 sekalipun terpaksa menghalalkan cara.

Ketua-ketua parti pembangkang di Sabah sewajarnya memainkan peranan penting dalam menangani apa juga permasalahan dalaman parti kerana sekiranya berlaku kesilapan; terutama perubahan pucuk pimpinan di saat akhir, maka akan lebih mudah ditumpaskan lawan.

Pengemaskinian jentera pembangkang memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk membawa keluar pengundi dan mengenali serta menghalang 'Pengundi Hantu' daripada mengambil kesempatan menjadi 'Gurkha Politik' seperti yang berlaku sejak PRU 1994.

Memandangkan PRU13 adalah medan pertaruhan strategi dan kematangan yang hanya boleh dilaksanakan melalui permuafakatan dan bukan persengketaan; maka pembangkang perlu mencari formula terbaik untuk menghadapi BN 'secara satu lawan satu' jika ingin mencipta sejarah menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas 48 tahun merdeka.

Ura-Ura untuk merubah pucuk pimpinan AMK Sabah oleh pucuk pimpinan pusat adalah satu tindakan politik yang boleh merosakkan; malah rakyat Sabah akan menganggap tindakan tersebut sebagai satu dominasi politik Kuala Lumpur yang kurang memahami sensiviti rakyat Sabah.

No comments:

Post a Comment