Oleh: SHAIMON S JUMADI
KETUA Cawangan UMNO Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul kesal dengan dakwaan liar semua pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang berhubung gerakan pendaftaran bergerak yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama ADUN Senallang.
"Gerakan yang dibuat oleh JPN bukannya baru, malah sepanjang tahun dan kenapa tiba giliran di Senallang, hanya kerana khabar angin yang dibawa oleh Mansor Santiri, semua menuding jari kepada Datuk Nasir dan JPN?," tanya Azizul yang tidak berpuas hati dengan serangan liar semua pihak tanpa usul periksa.
Sepanjang pengetahuan dan pemerhatiannya kata Azizul, beliau melihat ketekunan pegawai JPN berkampung di Semporna untuk menyelesaikan masalah dokumen kanak-kanak sekolah yang menghadapi krisis identiti kerana pelbagai sebab; terutama bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendaftaran Negara 1959.
"Di cawangan saya pun ramai kanak-kanak yang terlibat dan kita telah kenal pasti sejak dua tahun lalu dan hanya pada tahun ini baru dipersetujui oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk membantu kami memproses dokumen mereka mengikut undang-undang yang berkuatkuasa," kata Azizul yang menolak dakwaan liar kononnya JPN mendaftar PATI.
Proses pendaftaran lewat Sijil Lahir dan Kad Pengenalan bukannya mudah dan terpaksa melalui endorsement Majistret Kelas 1 di Mahkamah (bukannya Majistret Kelas II); sedangkan jadual mahkamah sentiasa padat.
"Hanya melalui Pendaftaran Bergerak ini sahajalah penduduk kampung berkesempatan menguruskan Sijil Daftar Lewat dan MyKad anak-anak mereka yang menghadapi masalah teknikal, terutama yang memerlukan akuan bersumpah melalui mahkamah," kata Azizul yang memaklumkan ada ibu bapa yang terpaksa ke Tawau untuk mendapatkan endorsement mahkamah.
Fokus Pendaftaran Bergerak JPN kali ini kata Azizul ialah untuk membantu 262 kanak-kanak sekolah rendah yang tidak mempunyai Sijil Lahir walaupun kedua ibu bapa mereka adalah rakyat tempatan.
“Sebagai Ketua Cawangan UMNO, kami sekali-kali tidak akan membenarkan JPN melanggar perlembagaan negara, terutama dakwaan liar Mansor Santiri kononnya pendaftaran untuk PATI," ujar Azizul yang menyatakan tindakan Mansor seperti bidalan Orang Tua-Tua, 'hanya perompak yang boleh menangkap pencuri.'
Sebelum ini kata Azizul, JPN turut mengadakan Operasi Pendaftaran Bergerak di SK Tanjung Labian, Tungku dengan kerjasama Ahli Parlimen Silam untuk memproses 280 permohonan daftar lewat sijil lahir; tetapi dibanjiri oleh lebih 7,000 orang yang datang daripada pelbagai daerah.
"Perkara ini lumrah di Sabah dan JPN tetap dengan tugas mereka hanya memproses jumlah permohonan yang telah ditetapkan sekalipun ratusan ribu yang datang," kata Azizul yang ingin memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap JPN.
Jika ada Operasi Khas seperti 1990-an, kata Azizul tidak akan dibuat secara terbuka seperti di Senallang.
Anifah Aman is right, the JPN should halt the registration of stateless children for the time being until their status can be clarified. We might need to wait for the RCI to be implemented before making any approval for MyKad or Birth Certificates. Hope that the JPN will consider this thoroughly before making any moves.
ReplyDeleteI understand there are indeed many local children who has not been registered under the JPN which makes it difficult for them to go to school. The JPN must ensure that their status are truly Malaysians to allow them to register, those with dubious status should be keep in view until further investigation are made.
ReplyDeletePendaftaran bergerak ni memang bagus bagi membantu anak2 tempatan di pedalaman yang mempunyai masalah sijil lahir mahupun MyKad tapi yang tidak bagusnya bila mereka yang dibantu diragui status/latar belakang.Takut mereka sebenarnya bukan orang tempatan. Sekarang ni macam2 cara penipuan dibuat.
ReplyDeleteBawa pemerhati bebas dan wakil pembangkang untuk pantau sendiri gerakan ini.
ReplyDeleteops tersebut adlah bertujuan untuk mendaftarkan sijil lahir anak tempatan yang belum mempunyai sijil lahir, dalam proses ini JPN pasti akan memastikan mereka yang didaftarkan benar2 anak tempatan.
ReplyDeleteperlu ada kesedaran dikalangan ibu bapa untuk mendafrarkan segera sijil lahir anak2 mereka
ReplyDeleteSemua itu cuma khabar angin daripada pihak tertentu. Yang pasti ini bukannya untuk PATI namun untuk mereka yang benar-benar layak.
ReplyDeleteKalau benar-benar ada pihak yang tidak puas hati cuba suruh mereka itu turun dan tengok sendiri ops itu beberapa hari ia dilangsungkan.
ReplyDeletependaftaran bergerak seperti ini telahpun dilaksanakan pada tahun2 sebelumnya.. cuma kurang mendapat liputan media.. hanya kerana pada tahun ini dijangka pilihanraya umum akan dijalankan, maka isu2 seperti ini mula mendapat perhatian sekaligus dikontroversikan untuk meraih sokongan..
ReplyDeletejika pemimpin2 pembangkang benar2 perihatin terhadap masalah rakyat dan dalam masa yang sama tidak mahu PATI di berikan kewarganegaraan, kenapa mereka tidak tubuhkan saja satu badan yang bertindak sebagai pemantau bagi mengawasi perjalanan program ini dan bersedia turun padang pada bila2 masa ketika JPN melaksankan operasi mereka??
ReplyDeleteSaya ingin mohon bantuan jpn bergerak ke rumah untuk ibu saya sakit terlantar
ReplyDelete