SALAM PERSAHABATAN….. Syevesther (dua dari kiri) bersalaman dengan Abdul Rahman (kanan sekali) ketika mengunjungi rumah keluarga Syevesther di Kg.Kelawat, Kota Belud.
Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
HIDUP tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang didiami seramai 26 orang dari enam buah keluarga menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah itu telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan beberapa hari lalu.
Syevesther Liew, 17 tahun, mencatat keputusan cemerlang 12A, kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kota Belud II ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang penjaga gereja berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Di sebalik perwatakan yang serba sederhana dan bersahaja, Syevesther Liew sebenarnya menyimpan seribu kisah dalam hidupnya.
Biarpun jarak perjalanan hidupnya masih awal untuk diukur, namun soalnya di sini ialah bagaimana anak muda ini berjaya dan begitu berani memecahkan tradisi anak-anak muda di daerah ini.
Ketika media menyertai rombongan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan mengunjungi teratak keluarga Syevesther di Kampung Kelawat, Kota Belud, baru-baru ini, media berkesempatan mendengar perbualan di antara Abdul Rahman dengan Syevesther dalam suasana yang cukup mesra.
Ketika ditanya oleh Abdul Rahman apa rahsia Syevesther hingga berjaya mendapat 12A dalam peperiksaan SPM, Syevesther memberitahu dia belajar seperti biasa sama cara pelajar-pelajar lain.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lain seperti mengulangkaji, membuat nota, membuat kerja-kerja sekolah yang diarahkan oleh guru turut beliau buat dan tidak ada petua istemewa yang beliau lakukan.
"Saya tidak ada sebarang petua belajar dan ulangkaji, saya tidak ada komputer, saya tidak pernah mengikuti kelas tuisyen, saya cuma baca buku teks yang diberi oleh Kementerian Pelajaran dan guru-guru adalah tempat saya merujuk.”
MESRA…….Abdul Rahman (kanan sekali) berbual mesra dengan Syevesther di rumah keluarganya.
ALBUM KENANGAN…….Abdul Rahman (empat dari kiri), Abdul Bakhrin (tiga dari kiri), Datu Matlan (dua dari kiri) mengabdikan album kenangan bersama sebahagian keluarga Syevesther.
“Sekali sekala saya akan naik di atas bukit di belakang rumah untuk membaca, " kata Syevesther.
Menceritakan bagaimana dia belajar bahasa Inggeris, Syevesther menjelaskan dia selalu menonton rancangan berbahasa Inggeris di kaca tv dan membaca buku-buku Inggeris yang dia yakini dapat memahirkan dirinya untuk menguasai bahasa antarabangsa itu.
Syevesther dengan ikhlas dan tanpa malu mengakui dia juga tidak pernah mengikuti kelas tuisyen bahasa inggeris seperti pelajar-pelajar lain yang berkemampuan.
Lebih membanggakan lagi, anak muda ini telah memilih satu langkah berani dengan menambah tiga lagi mata pelajaran tanpa kelas sembilan subjek diajar oleh guru-guru dan tiga lagi tanpa diajar oleh guru. Syevesther terpaksa belajar dan mencari bahan subjek ini sendirian.
Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang telah dicipta oleh Syevesther yang beliau anggap sebagai 'Bintang' untuk daerah Kota Belud.
Abdul Rahman turut mengucapkan tahniah kepada Pengetua dan guru-guru SMK Pekan Kota Belud II yang cukup dedikasi dan komited sehingga mencetus seorang anak jati dusun kelahiran Kg. Kelawat yang telah mengangkat nama sekolah ke peringkat yang cukup membanggakan, bukan sahaja sekolah, malah nama Kota Belud.
Beliau berharap akan lebih banyak 'Bintang-Bintang' pelajar cemerlang dari seluruh sekolah di daerah akan dilahirkan ekoran dari kejayaan yang dicipta oleh Syevesther di masa hadapan.
Pada sesi kunjungan itu Abdul Rahman menghadiahkan sebuah ipad2 berjenama aple dan menyumbangkan wang kepada Syevesther sebagai tanda penghargaan atas kejayaannya.
Hadir sama pada majlis itu antaranya Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud, Abdul Bakhrin Yusuf; Pengetua SMK Pekan Kota Belud II, Datu Matlan Datu Unjung selain pemimpin tempatan yang lain.
Wah! Congrats to my friend! Beliau saya kenal sewaktu sama-sama dalam program nilam tahun lalu! Banggalah orang Kota Belud ni kali! hehe :-)
ReplyDeletehaha. samalah kita bro
Delete