Thursday 29 March 2012

IMM13, WARGANEGARA SONGSANG II (EPISOD VI)


EPISOD I

EPISOD II

EPISOD III

EPISOD IV

EPISOD V

Oleh : MUTALIB M.D

KITA ambil contoh sebuah keluarga pendatang asing Filipina yang tinggal di negara ini menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara pasport Filipina yang tamat tempoh dan dokumen IMM13 yang dikhuatiri palsu.

Siti Binti Nuhin yang memegang Pas bernombor IP 13195 dan suaminya Ghani Binti Ismail yang memegang pas bernombor IP 1164, namun mengikut rekod klinik kad kesihatan ibu, nombor pas mereka dicatat masing-masing P/L H 101621 dan P/L H 076839.

Siti telah melahirkan anak perempuan pada 4.11 pagi, 27 November 2002 di Wad Bersalin, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan diberi nama Nurul Syafiqah Ezetty dan Jabatan Pendaftaran Negara telah mendaftarkan kelahiran tersebut sebagai SB 138406 dan kad pengenalan 021127-12-1102.

KLINIK… Rakyat Sabah bukan sahaja terpaksa berkongsi udara Sabah yang semakin sesak oleh pencemaran alam sekitar, malah terpaksa membiayai kos rawatan warga asing dan bersaing dengan mereka untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan. Kad klinik ini amat berharga bagi warga asing sekalipun status anak mereka bukan Warganegara.

KOD 12… Ramai rakyat Sabah mempunyai kad pengenalan yang diberikan kod 49, namun warga asing ini mempunyai kos 12. Pemberian nombor kad pengenalan kepada kanak-kanak warga asing ini amat menyukarkan sistem pentadbiran kerajaan kerana umum mengetahui bahawa kod 12 adalah untuk anak negeri Sabah. Malaysia tidak mengamalkan konsep kerakyatan Jus Sanguinis (darah) tetapi Jus Soli (tanah). Kerakyatan mengikut tanah kelahiran dan taraf warganegara Ibu bapa dan bukannya tanah kelahiran anak.

KEDUA.. Rekod klinik anak kedua pasangan Siti Binti Nuhin dan Ghani Bin Ismail menambahkan garam ke luka di hati rakyat Sabah yang mengharapkan penyelesaian tuntas krisis kerakyatan songsang dan bukannya menanam spesis baru yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian yang dikecap selama ini. Lima belas tahun akan datang masalah baru akan timbul apabila anak mereka membesar dan meneruskan krisis identiti songsang.

KRISIS… Dokumen Sijil Lahir ini yang dikeluarkan kepada anak kedua pasangan Siti dan Ghani ini mengikut Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951, Sabah (Cap 123), Seksyen 31 (1), Kaedah 15 berdasarkan permohonan di bawah Seksyen 10. Dokumen ini diterima sebagai Dokumen Rasmi di bawah Akta Keterangan tetapi diberi secara wewenang kepada warga asing. Nombor kad pengenalan 040222-12-0419 ini akan menjadi senjata rahsia anak ini.

Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah rupa kuihnya. Jika Ibu bapa Indakim Binti Lamokan berasal daripada Filipina dan telah lama menetap di Sabah, namun bukanlah jaminan untuk beliau mendapat taraf warganegara Malaysia.

Sekalipun kemungkinan kebarangkalian Indakim lahir di Malaysia, namun dokumen Ibubapanya meragukan dan beliau hanya layak mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan bukannya taraf Warganegara Malaysia.

Nasib malang yang menimpa Indakim, akan terus meranjau masa hadapan anaknya, Noraini semata-mata kerana suami Indakim, Cesar Paraji hanyalah penduduk sementara yang wajar digantikan dengan pasport bagi membolehkannya tinggal di Sabah.

Noraini akan terus membesar dan akan mewarisi nasib malang ibubapanya sebagai ‘RAKYAT TERAPUNG’ sekalipun kad pengenalannya bernombor 950604-12-5058.

DAFTAR… Walaupun Noraini dilahirkan di Tanjung Labian, Lahad Datu, namun tidak menjanjikan dia akan menjadi warganegara Malaysia dalam waktu yang singkat jika sistem pertahanan negara ampuh. Namun kesilapan JPN tidak meletakkan taraf kerakyatan menyebabkan ia mudah dimanipulasikan untuk mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah.

LEGASI… jika lembu dikahwinkan dengan Seladang akan menghasilkan spesis baru iaitu ‘SELEMBU’. Tetapi jika ‘Penduduk Sementara’ bernikah dengan ‘Penduduk Tetap’ apakah taraf kerakyatan anak? Kesilapan JPN memberikan nombor kad pengenalan kod 12 menyebabkan umum menganggap Noraini Warganegara Malaysia!

PERPADUAN… Demi perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara sanggup melakukan apa sahaja termasuk membenarkan kanak-kanak ‘bukan warganegara’ bersekolah dan menggunakan segala kemudahan asas secara percuma. Ketika kanak-kanak tempatan di luar bandar masih belum mengenal huruf dan tidak mengerti apa itu Tadika, Noraini telah pandai membaca dan menulis sekalipun ibubapanya buta huruf.

Dalam pada itu, sindiket kad pengenalan projek masih berjalan sekalipun dalam skala kecil terutama berikutan penangkapan Ketua Unit Bahagian Khas, Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu atas tuduhan mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing oleh Badan Pencegah Rasuah.

Namun selagi BPR tidak menghadapkan tuduhan tertuduh di mahkamah dan sebelum mahkamah menjatuhi hukuman bersalah, saya tidak ingin mengulas isu berkenaan, sekalipun kad pengenalan dijual dengan harga sehingga RM18, 000 sekeping.

Sekalipun sindiket Kad Pengenalan Projek semakin mengancam keselamatan negara, namun modus operandinya semakin dipelbagaikan bagi mengelakkan mereka ditangkap.

Kaedah terkini ialah melalui gerakan mengemaskini rekod persatuan dan parti politik sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Perhimpunan Keluarga Indonesia Sabah dan Sarawak (Perkisa) dan Pertubuhan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS). Namun kali ini mereka menyalahgunakan gerakerja pengumpulan data penduduk Sabah dengan menyediakan borang khusus untuk menjalankan bancian.

Mengikut peraturan yang berkuat kuasa, tidak ada persatuan boleh memungut cap jari di dalam setiap borang persatuan, namun sebagaimana gerakerja PKBS pada 1991-1993, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah meniru modus operandi yang sama iaitu Borang Pendataan Penduduk di Sabah (Kaji Selidik UMNO).

Saya paparkan empat borang yang ‘dirampas’ daripada warga asing Filipina ketika sedang sibuk meneliti borang berkenaan kerana mereka tidak tahu menulis atau membaca dan hanya perlu menurunkan cap jari.

UDANG… Memang ada udang di sebalik mi rebus. Borang kaji selidik ini milik Adzmil Bin Isa yang mengaku dilahirkan pada 5 November 1987 di kampung Panji Semporna. Adzmil merupakan warganegara Filipina yang menumpang dengan saudara maranya yang berstatus pelarian. Adzmil telah dipengaruhi orang tertentu yang mengaku Ketua Cawangan UMNO untuk membantunya mendapatkan kad pengenalan hanya dengan menurunkan cap jari kiri dan kanan dan menyertakan dua keping gambar.

KELUARGA 69… jika bapa pun belum mendapatkan kad pengenalan, bagaimana anaknya, Adzmil mahu memohon kad pengenalan menggunakan Borang Rahsia JPN Swasta? Jika filem ‘keluarga 69’ arahan P.Ramlee mencuit hati penonton, maka keluarga 69 yang diciptakan UMNO dengan kerjasama JPN ini lebih menarik apabila anak dan bapa memohon kad pengenalan pada masa dan hari yang sama. Anaknya, Adzmil Bin Isa berusia hampir 21 tahun dan bapanya Isa Bin Jailani berusia hampir 40 tahun, namun masih belum memiliki sebarang dokumen pengenalan diri melainkan IMM 13 palsu.

MUDAH… Bukannya susah untuk mendapatkan kerakyatan Negara ini. Hanya cap jari dan lekatkan gambar. Nama akan diberikan kemudian atau dicatatkan nama di atas sekeping kertas dan kelipkan. Data lain akan ‘digoreng’ sendiri oleh petugas yang mengisi borang.

Tinjauan saya ke Kampung Bahagia Sandakan, iaitu salah satu kampung yang ditubuhkan UNHCR untuk sebagai penempatan Pelarian Perang Filipina mendedahkan beberapa keajaiban.

Kebanyakan rumah di kampung tersebut tergantung plastik yang didalamnya ada kertas bancian milik Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) yang dimasukkan ke dalam plastik agar tidak dibasahi hujan.

Senario ini memperlihatkan bahawa PPKP baru sahaja menjalankan bancian untuk menentusahkan bilangan pemegang IMM 13 yang berstatus Pelarian.

Namun apabila kertas banci ini dilekatkan di rumah Sharif Jul Bin Titing, saya agak terkejut kerana beliau bukan lagi pemegang IMM 13, sebaliknya pemegang kad pengenalan projek Malaysia.

Mengikut maklumat yang saya perolehi, UNHCR telah menyediakan peruntukan sejumlah RM5 juta pada 1981 untuk mendirikan rumah pelarian di Kampung Bahagia, Sandakan; Kampung Kinarut, Papar dan beberapa lokasi terpilih di seluruh Sabah.

Salah seorang penerima rumah tersebut ialah Sharif Jul Bin Titing yang dilahirkan di Jolo, Filipina dan merupakan pelarian MORO yang tiba di Sabah pada tahun 1972. Beliau menerima rumah tersebut daripada UNHCR.

Tetapi Sharif Jul menjadi pengundi berdaftar di DUN Sekong, mempunyai beberapa permit teksi dan kereta sewa. Paling menakjubkan beliau telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri Sekong oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Mantan Ketua Daerah Sandakan, Hassnar M.P. Ebrahim turut menemani saya dalam lawatan tersebut.

BANCI… Banci dua dalam satu ini menimbulkan tandantanya kerana jika semua penghuni rumah UNHCR ini memiliki kad pengenalan, maka siapakah yang dibanci?

PERKOSA… Kegiatan memberikan kerakyatan songsang kepada Warga Asing umpama menoda ibu pertiwi. Insaflah!

SELAMAT… Selamatkah ‘Putrajaya’ jika pintu sentiasa terbuka?

Bagi mengakhiri bab ini, saya menaruh harapan yang tinggi kepada Ketua Menteri Sabah (walaupun siapa juga yang dilantik) agar menjaga Legasi Anak Negeri yang selama ini diabaikan semata-mata kerana mahu mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa sampai bila-bila dengan membenarkan banyak kepincangan berlaku termasuk memberikan status penduduk tetap dan IC Projek kepada PATI.

Jika hari ini, esok atau lusa, saya tiada lagi di dunia ini, apatah lagi ramai PATI yang ingin melihat saya mati, maka saya mengharapkan agar Ketua Kerajaan Negeri Sabah melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Isu kad pengenalan, kerakyatan songsang, pelarian perang dan pencabulan kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah isu baru, malah wujud sejak British membawa masuk kaum Cina, India, Gurkha, Kokos dan sebagainya ke Sabah dan Tanah Melayu bagi membolehkan mereka terus memerintah dan meninggalkan legasi mereka yang cuba diselamatkan para pemimpin negara pada zaman sekarang tanpa sangsi.

Legasi British ini menjiwai watak dan corak berfikir pemimpin negara dan saki baki mereka di Sabah telah meletakkan Sabah di atas papan catur politik Malaysia.

Saya berharap akan muncul ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ di Sabah kerana rakyat Sabah lebih cintakan Malaysia sekalipun dianaktirikan oleh pemerintah bagi memastikan teori legasi penjajah ‘Pecah dan Perintah’ terus berjalan.

Apa gunanya kita mengaku lelaki jika gagal mempertahankan nasib ibu pertiwi?

TEMBAK… Amnestly International akan terus mendesak pemansuhan hukuman bunuh di China yang menamatkan riwayat sekurang-kurangnya 10,000 orang setiap tahun iaitu lima kali ganda daripada pembunuhan yang serupa di seluruh dunia. Antara pesalah terbesar ialah memasuki Negara China secara haram, memiliki dokumen palsu, mengedar dadah dan menderhaka kepada negara. Apakah Malaysia akan melakukan perkara yang serupa iaitu menembak petualang Negara? Mari kta tanya pada hud-hud…

17 comments:

  1. maklumat yang harus di pandang serius buat kita sebagai anak negeri..

    ReplyDelete
  2. Hope that there are a solution to the unpaid hospital bills build up by the foreigners in our state which has to be bore by the Sabahans. I think our Foreign Minister should bring this matter up to discuss with the Indonesia and Philippine government on a compromise for this problem, hopefully they will agree to cooperate.

    ReplyDelete
  3. IMM13 refugees are only living temporarily in Sabah, supposedly their welfare should be taken care by their respective government since they are residing here on our government's goodwill. Its unfair that our people have to bear the cost of their living here.

    ReplyDelete
  4. Penubuhan RCI memang wajar disegerakan sebelum masalah PATI/warga asing menjadi lebih kritikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Sabah tertunggu-tunggu dengan penubuhan RCI secara sah. dan dapat dilaksanakan secepat yang mungkin.

      Delete
  5. bolehkah rakyat tempatan Sabah bekerjasama untuk tidak membeli barangan yang dijual PATI? tidak memberikan mereka kemudahan tempat tinggal, lot kedai dan sebagainya? dan tidak memberikan mereka sebarang pekerjaan?? dan yang paling penting, bolehkah rakyat tempatan tidak membantu PATI mendapatkan dokumen kerakyatan semata2 mahukan keuntungan cepat??

    ReplyDelete
  6. perlu diingat, tanpa kita sedari rakyat tempatan juga telah menjadi penggalak kepada kedatangan PATI beramai2 ke negeri ini sejak sekian lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa yang terlibat dalam projek ic ini perlu dibawa ke muka pengadilan kerana mereka menjadi pengkhianat kepada negeri sendiri. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka, rakyat tempatan yang lain yang menerima impak negatifnya.

      Delete
  7. bagaimana pula dengan pemimpin2 Pakatan seperti Azizah, Azmin, Saifuddin dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain yang mana mereka menggunakan kod 71 dalam MyKad mereka?? bukankah itu lebih teruk kerana cuba menaikkan orang asing sebagai pemimpin negara?? hal ini juga perlu diambil perhatian oleh semua pemimpin2 politik, NGO, rakyat dan juga penggiat media..

    ReplyDelete
  8. jika memang ada udang di sebalik mi rebus maka perlu ada siasatan secara terperinci dari pihak berkuasa..

    ReplyDelete
  9. kerajaan tidak patut berdiam diri sahaja mengenai hal ini...isu ini melibatkan kerakyatan warga asing yang boleh membahayakan kedaulatan tanah air Sabah dan juga rakyat Sabah

    ReplyDelete
  10. isu warganegara songsang ini jika tanpa penyelesaian, nescaya akan membawa masalah yang lebih besar di masa akan datang

    ReplyDelete
  11. dasar pendidikan negara yang tidak membenarkan kanak-kanak tanpa kad pengenalan untuk belajar di sekolah tempatan adalah wajar kerana ini dapat melindungi kepentingan dan keistimewaan kanak-kanak tempatan, tetapi, jika isu warganegara songsang ini tidak ditangani, sudah tentu akan mengugat nasib kanak-kanak tempatan kita..

    ReplyDelete
  12. pendidikan adalah penting bagi generasi muda kita kerana tanpa pendidikan yang mencukupi, negara kita akan melahirkan satu generasi yang buta-huruf yang mana akan mengugat pembangunan ekonomi negara

    ReplyDelete
  13. pemilik dokumen IMM13 hnya berstatus pelarian, mereka tak boleh mendapat hak seperti penduduk tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak penduduk tempatan jangan sewenang-wenang digunakan oleh pelarian.

      Delete
  14. Mungkin sudah masanya RCI ditubuhkan untuk menangani masalah PATI di Sabah ini. Tambahan lagi isu yang berkaitan dengan PATI yang mendapat Mykad Palsu.

    ReplyDelete