Oleh : MEDIA USNO
BERBAGAI pihak telah menyuarakan bantahan berhubung operasi pendaftaran bergerak oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang didakwa mendapat kelulusan dari Menteri Dalam Negeri sepertimana dilaporkan media, termasuk kenyataan seorang Menteri Kabinet Sabah.
Parti Pembangkang, Parti Kerajaan, Pemimpin tempatan, NGO dan Warga Anak Negeri Semporna, laman web, blog dan laman sosial FB, Twitter dan sebagainya telah menyatakan kekhuatiran mereka terhadap operasi ini yang dianggap oleh semua pihak sebagai tahap yang sangat kritikal dan bahaya bagi negeri Sabah; serta boleh menjadikan Anak Negeri kelak menjadi pelarian di tempat sendiri jika tidak dihentikan segera.
Tindakan mempertahankan amalan subversif dan memperlekehkan pandangan semua pihak tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat negeri ini adalah amat dikesali oleh barisan Pimpinan Penaja USNO Sabah seperti mana dalam sidang media mereka semalam.
"Kami kesal dengan kenyataan Nasir yang terus mempertahankan tindakan operasi itu yang memperlihatkan satu angka yang tidak masuk akal dan lojik untuk diterima sebagai alasan mempertahankan operasi berkenaan," ujar Naib Presiden USNO, Abdullah Sani Hj Abdul Salleh.
Angka pengeluaran dan kelulusan 40,000 sijil lahir kata Abdullahsani adalah tidak masuk akal manusia siuman bahawa kerana tidak mungkin masih ada begitu ramai kanak-kanak tempatan di Semporna yang belum memiliki sijil lahir.
"Dalam keadaan genting rakyat Sabah menanti penubuhan RCI, kenapa Kerajaan Persekutuan mencurah minyak ke dalam api dengan melaksanakan operasi pendaftaran bergerak di premis persendirian sedangkan Jabatan Pendaftaran hanya berdekatan dengan pusat operasi berkenaan?" tanya Abdullahsani yang meminta penjelasan Menteri Dalam Negeri berhubung isu janggal ini.
Operasi pendaftaran bergerak yang berpusat di Inabah Kamal, Semporna, kata Abdullahsani adalah 'Operasi Haram' dan 'subversif'; apatah lagi semua pihak tahu Inabah Kamal adalah milik persendirian dan tanah milik keluarga Adun itu yang masih sepatutnya diserahkan sebagai tanah wakaf kepada kerajaan.
Pada masa yang sama, kata Abdullahsani, Pejabat Adun Senallang berada dalam kawasan terletaknya pusat operasi berkenaan dan secara logiknya adalah amat sukar dipantau oleh pihak luar.
OPERASI.....Kenapa operasi penting ini dibuat di Inabah Kamal dan bukannya Dewan Masyarakat atau Pejabat JPN. Apa agenda JPN dan Nasir?
Sebelum ini, tegas Abdullahsani ada laporan dan bantahan dari tiga bahagian penaja USNO Semporna dari DUN Senallang, Sulabayan dan Bugaya bersama pemimpin Parti Keadilan Rakyat kawasan itu supaya pihak pendaftaran menjalankan operasinya di tempat awam atau pejabat rasminya; bukannya dalam kawasan milik persendirian, lebih-lebih lagi ia dijalankan dalam pejabat Adun parti kerajaan yang sudah jelas tidak boleh dipantau oleh parti parti pembangkang dan pihak luar.
Sementara itu, kata Abdullahsani, Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman dalam keyataannya pada 26 Mac 2012 dalam akhbar tempatan meminta supaya operasi ini dihentikan dengan SERTA MERTA kerana pihak pemerintah telah bersetuju untuk menubuhkan RCI dan perkara ini melibatkan kedaulatan negara; sebaliknya pula ADUN Senallang terus mempertahankan operasi subversif ini.
"Jesteru itu, kami dari USNO memohon supaya perkara ini dihentikan dengan serta merta atau dipindahkan operasinya ke tempat awam tanpa campur tangan orang politik serta adun berkenaan, kerana ada laporan yang diterima operasi ini bukan sekadar mengeluarkan 40,000 sijil lahir tetapi juga mereka ini telah dijanjikan bahawa pengeluaran KPT secara otomatik dan seterusnya berhak untuk mengundi pada PRU13 yang tidak lama lagi akan diadakan," kata Abdullahsani yang merancang untuk membuat laporan polis terhadap Nasir dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Menteri Dalam Negeri.
Tindakan seperti ini, kata Abdullahsani boleh membawa penipuan dan sistem pengundian secara tidak telus dan berlakunya pengundi hantu seperti pilihanraya lalu sejak 1994 sehingga 2008.
Untuk rekod, pada tahun 1999, Adun Senallang yang bertanding atas tiket UMNO/BN tidak memperolehi majoriti berbanding calon pembangkang dari Parti Bersekutu (Abdullahsani– 3,400 undi) dan PBS (Hj.Sabardin – 1700 undi); di mana Adun berkenaan hanya memperolehi 4,500 undi berbanding dua orang calon pembangkang yang memperolehi 5,100 undi.
Walaupun pada pada masa itu dilaporkan terdapat undi KPT songsang berjumlah 1,790 pengundi seperti mana yang didedahkan oleh laporan Sabahkini.net minggu lalu.
Jika amalan ini berterusan, kata Abdullahsani, maka demokrasi telah lama MATI di Sabah kerana kemenangan songsang akan berlanjutan dan akhirnya demokrasi tulen tidak bernilai lagi disebabkan pemenang sebenar terus dinafikan dengan tambahan 40,000 warga segera di Senallang, seperti OPS GEMBLENG pada 1993.
HEAD of State Tun Juhar Mahiruddin on Thursday said the perennial issue of illegal immigrants in Sabah must be handled in a collective manner and at the same time resolved wisely.
ReplyDeleteWhile the State and Federal Governments view the matter very seriously and have taken integrated action to settle it, he said everyone must render their cooperation to ensure the issue is resolved.
ReplyDelete"The problem must be settled together and wisely but, everyone must be prepared to render firm co-operation to ensure the illegal immigrant issue would be overcome for the sake of our wellbeing and prosperity," he said at the opening of the State Assembly sitting.
ReplyDeleteThe illegal immigrant issue has become a focal point among the State Barisan Nasional (BN) component parties and almost all have agreed to the setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate it.
ReplyDeleteLebih baik pendaftaran bergerak tu pergi ke pendalaman Keningau, Tambunan, Ranau, dan Tenom. Pasti ada ramai rakyat tempatan yang memerlukan khidmat pendaftaran bergerak.
ReplyDeletemoga pendaftaran bergerak ini berjalan lancar, pihak JPN kena pastikan mereka yang didaftarkan benar2 anak Sabah.
DeleteKadang2 hairan juga kenapa Pendaftaran Bergerak ini sering dilaksanakan di daerah2 seperti Semporna, Lahad Datu dan Tawau.
DeleteRakyat Sabah benar2 mengharapkan pengumuman segera RCI. Parti komponen BN pun banyak sudah menyuarakan hal tersebut. Diharap pihak Persekutuan dapat mendengar suara2 rakyat Sabah.
ReplyDeleteNampaknya mengenai pendaftaran bergerak ini mendapat bantahan. Namun JPN perlu menyakinkan semua pihak yang mereka itu perlu melepasi syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil lahir atau MyKad.
ReplyDeleteSemakin hangat diperkatakan mengenai perkara ini.
ReplyDeletePendaftaran bergerak ini rasanya tidak sesuai dilakukan buat masa sekarang yang semakin hampir dengan PRU.
ReplyDeletepihak2 yang khuatir dengan program ini terutamanya pihak2 yang disebutkan diatas, patut sama2 turun padang dengan JPN bagi mengawasi dan memastikan tidak ada warga asing yang didaftarkan..
ReplyDelete