Wednesday 28 March 2012

JUSIH SARIN LANGGAR SUMPAH?


PADU....Azizah mendapat sokongan padu daripada belia semasa majlis perasmian Tamu Belia Up Town di Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

PEMIMPIN parti dan masyarakat di peringkat akar umbi di Beaufort menyifatkan Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Jusih Sarin telah melanggar sumpah dan perlu dikenakan tindakan wajar.

Ketua Umno Cawangan Batu 58, Daniel Gumat berkata, Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno sudah mengangkat sumpah untuk menyimpan rahsia dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berbau perpecahan di dalam Umno Bahagian.

“Adalah amat tidak wajar bagi Jusih mendedahkan dan menzahirkan rahsia parti kepada umum dan ini merupakan satu perlanggaran kepada sumpah,” katanya yang juga Pemaju Mukim Montenior itu.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya mengenai laporan akhbar tempatan pada 22 Mac lalu bertajuk Umno Beaufort putuskan tidak cadang Azizah sebagai calon PRU-13.

Ketua Kampung Limbawang yang juga Ketua umno Cawangan Kelabu I, pula berkata kenyataan tidak rasional yang boleh merugikan parti itu seharusnya mendapat perhatian kepimpinan parti peringkat tertinggi dan mengenakan tindakan disiplin atau sebarang tindakan yang difikirkan wajar kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Dia sudah melanggar sumpah dan sepatutnya dipandang serius oleh parti dan bagi kami beliau harus dikenakan tidakan disiplin,” katanya.

Sementara itu Ketua Umno Cawangan Kg Lajau, Hujin Masah pula berkata hanya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon pada pilihanraya akan datang.

“Kenyataan yang dikeluarkan nampaknya terlalu janggal kerana sedingga kin Badan Perhubungan Negeri pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai calon untuk piliharaya,” katanya.

SOKONGAN....Belia Kampung Menanjong Beaufort yang diketuai Ismawi Saidi (kanan) menyatakan sokongan kepada Azizah yang merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Badminton anjuran belia.

PERUBAHAN....Penduduk Kg Kitabu Bt 60, Beaufort turut menyokong kempimpinan Azizah yang banyak membawa perubahan pembangunan di kampung itu.

SEMARAK....Jalinan Rakyat (JR10) Pergerakan Wanita Umno Beaufort yang diadakan di Kg Limbawang Beaufort disemarakkan dengan sepanduk dan poster sokongan kepada Azizah.

Ketua Kampung merangkap Ketua Umno Cawangan Kg Pansong, Nazir Wahab yang turut bersetuju dengan padangan di atas pula berharap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Dattuk Azizah Mohd Dun di calonkan semula pada PRU-13 nanti.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang telah terbukti menjalankan tugasnya dengan cemerlang oleh itu kami sentiasa memberikan sokongan padu kepada beliau serta kami berharap beliau akan dikekalkan sebagai calon PRU-13 ini bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat kepada pengundi Dun Klias,” katanya.

Sementara itu tinjauan mendapati sejak laporan akhbar itu disiarkan Azizah terus mendapat mendapat sokongan untuk dikekalkan sebagai calon PRU-13.

Kehadiran beliau ke beberapa program di kawasan Dun Klias disambut oleh penduduk pelabgai peringkat dengan kain rentang dan poster-poster yang menyatakan sokongan mereka kepada Azizah

No comments:

Post a Comment