Saturday, 31 March 2012

PERPADUAN TONGGAK KEKUATAN UMMAH

BANTU....Azizah sedang membantu seorang OKU pada majlis penyerahan baucer BR1M fasa kelima di Beaufort.

PERPADUAN di kalangan semua rakyat adalah tonggak kekuatan kerajaan mentadbir negara ini dengan baik untuk menfaat rakyat keseluruhan.

Justeru itu rakyat diingatkan supaya terus memelihara perpaduan demi memastikan keamanan dan kemakmuran dapat dikecapi secara berterusan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata tanpa pepaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di negara ini kesejahteraan hidup akan tergugat.

“Kita amat bersyukur kerana selama ini kita hidup dalam keadaan aman dan makmur walaupun kita terdiri dari pelbagai suku kaum dan kepercayaan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan kita dan ianya perlu dipertahankan,” katanya.

Brliau berkata demikian pada majlis penyerahan baucer Bantuan Rakyat 1 Malyasia (BR1M) fbagi Daerah Beaufort di Dewan Pa' Musa di sini Kelamrin.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah, Mohd Shaid Othman dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Lumadan, Ahmad Momin.

Seramai 907 penduduk menerima bantuan RM500.00 pada pembahgaian fasa kelima di sini. Jumlah keseluruhan penerima di sini sejak BR1M dilancarkan awal tahun ini ialah seramai 10,968.

SESAK....Penerima BR1M Fasa kelima di Beaufort bersesak mendapatkan baucer bantuan RM500 di kaunter terbuka yag dilangsungkan di Dewan Pa' Musa Beaufort.

Pada majlis itu Bank Simpanan Nasioanal (BSN) Beaufort menyediakan kaunter bagi memudahkan penerima menunaikan baucer bantuan itu.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias turut mengajak rakyat untuk terus menyokong Kerajaan BN bagi memastikan kebajikan rakyat akan terus terjamin.

“Kita perlukan kesejahteraan yang berterusan. Pertahankanlah keraajaan dengan memberi sokongan padu kerana hanya kerajaan BN yang telah terbukti benar-benar mampu mentadbir negara ini dengan baik oleh pemimpin yang bijaksana,” katanya sambil meminta penduduk menolak dakyat pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengelirukan rakyat.

“Jangan benarkan mana-mana pihak yang mahu menggugat kemakmuran yang kita nikmati hari ini.,” katanya.

No comments:

Post a Comment