Saudara Pengarang,
KAMI sekeluarga masih keliru dan berdukacita kerana keputusan ujian DNA Kartini belum lagi diperolehi. Sampai bilakah kami harus menanti pembunuh kejam dihadap ke mahkamah?
Bertuahnya keluarga Teong Beng Hock kerana Kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja sekalipun tidak seperti yang diinginkan; berbanding dengan Kartini yang boleh diibaratkan sebagai 'Mati Katak'?
Betapa malangnya Kartini kerana dilahirkan sebagai Dusun-Murut-Banjar disebabkan tidak satupun NGO atau pemimpin yang mahu menyuarakan isu ini untuk mendapatkan keadilan dan haknya yang telah dibunuh dengan kejam.
Ke manakah lagi kami harus mengadu jika keputusan DNA belum keluar dan siapakah yang akan menghadapkan pembunuh Kartini ke mahkamah jika tertuduh lepas bebas melalui ikat jamin sedangkan rakyat biasa akan merengkok dalam penjara sementara menanti perbicaraan.
Salam Hormat,
KELUARGA BORHAN
No comments:
Post a Comment