Sunday 4 March 2012

APA LOCUS STANDI TRIBUNAL TANAH ADAT?



Oleh : MUTALIB M.D

PENUBUHAN Tribunal Tanah Adat merupakan usaha terbaik yang mampu menjaga dan memulihara Tanah Adat di Sabah daripada jatuh ke tangan mereka yang tidak berhak dan dalam masa yang sama menjamin hak asasi Anak Negeri Sabah daripada terus ditindas.

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi menyokong penubuhan Tribunal berkenaan; namun dalam masa yang sama turut mempersoalkan Locus Standi Tribunal tersebut bagi mengatasi Undang-undang lapuk seperti Ordinan Tanah Sabah 1930.

"Apakah nanti Tribunal Tanah Adat hanya menjadi hiasan kepada undang-undang iaitu setaraf dengan Tribunal Tuntutan Pengguna yang hanya melayan tuntutan RM25,000 ke bawah? Bayangkan sekarang ini, seekar tanah adat (NT) yang telah diusahakan dengan tanaman kelapa sawit sudah bernilai antara RM25,000 hingga RM50,000," kata Patrick yang menggesa agar penggubal undang-undang tidak terus memberikan harapan palsu kepada Anak Negeri Sabah.

Tegas Patrick, apa juga tribunal atau jawatankuasa yang bakal ditubuhkan kelak wajib melindungi Hak Anak Negeri Sabah secara mutlak, terutama menentukan Merit Sijil Anak Negeri dari segi undang-undang.

"Apakah mereka yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu yang telah diputuskan Mahkamah tetapi masih kebal boleh dihadapkan ke Tribunal ini; sedangkan penggunaan dokumen palsu terletak di bawah jurisdiksi Polis Di Raja Malaysia dan terbukti selama ini Jabatan Tanah dan Ukur enggan membatalkan hak milik tanah yang didapati dengan cara culas dan menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu," kata Patrick yang jengkel dengan sikap Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur yang membenarkan jenayah pemalsuan berleluasa di Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah.

Kuasa-kuasa Tribunal, kata Patrick perlu dijelaskan lebih awal dan jangan dijadikan alat politik untuk memancing undi; sedangkan tidak ada pihak yang mahu menguatkuasa undang-undang yang sedia ada kerana rasuah sudah berakar umbi.

Kegiatan memalsukan dokumen kata Patrick, tidak hanya tertumpu kepada Sijil Anak Negeri, malah memorial penukaran hak milik di Jabatan Tanah dan Ukur, terutama didalangi oleh Peguam yang tidak jujur dan Pegawai Kanan Jabatan Tanah yang tidak amanah.

"Sebagai contoh, kita ambil kes sebuah syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur, IJM Corporation telah melakukan penipuan bersindiket merampas tanah adat dengan menggunakan nama nominee untuk menukar hak milik tanah NCR dan membuat ikrar palsu dalam Prospektus mereka," kata Patrick yang memetik aduan penduduk kampung di Beluran.

Kata Patrick, dalam satu kes nyata, IJM melalui anak syarikatnya Berakan Maju Sdn.Bhd (427333-U) telah menipu waris keluarga mendiang Lumansag Bin Karut (H0079972) yang menetap di Kampung Muanad 1, Beluran.

Lumansag telah meninggal dunia pada 2 Jun 1992 di Kampung Muanad 1, Beluran kerana sakit tua dalam usia 73 tahun dan kematian Lumansang dilaporkan keluarganya, Mentiak Bin Romansang (430114-12-5005) seperti yang tercatat dalam sijil mati 16/2000.

Namun kata Patrick, tujuh tahun kemudian iaitu pada 20 Ogos 1999, Lumansag 'bangkit' kembali dari kubur dan berjalan Ke Pejabat Tanah di Kota Kinabalu untuk menandatangani Memorial 08011385, Sequel 02, iaitu dokumen sub-lease tanahnya kepada Berakan Maju Sdn. Bhd.

"Walaupun jenayah telah dilakukan secara terbuka, laporan polis telah dibuat, tetapi tidak ada pihak yang tampil membantu Anak Negeri Sabah yang terus ditindas oleh sistem pentadbiran yang drakonian dan masih mengamalkan hukum rimba. Siapa yang kuat dan banyak wang, dialah berkuasa," ujar Patrick yang mendesak agar 60 Adun Sabah mengambil tindakan proaktif meminda Ordinan Tanah Sabah 1930 kerana sudah hampir 49 tahun merdeka, hanya Seksyen 14, 15, 65 dan 66 daripada Ordinan berkenaan yang memberi perlindungan terhadap Tanah Adat, tetapi tidak pernah dikuat-kuasakan.

Patrick turut memaklumkan akan mendedahkan modus operandi IJM merampas tanah adat milik Anak Negeri Sabah dalam masa yang terdekat.

17 comments:

  1. Natives should be treated fairly. Problems will not occur if there is no misdeeds from the beginning.

    ReplyDelete
  2. macam mana ada sijil mati jika individu terbabit masih belum meninggal dunia? menghairankan!perkara seperti ni sepatutnya tidak terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang buat sijil tu?? Menghairan.

      Delete
    2. Pasti ada sindiket yang tidak baik di belakang.

      Delete
  3. moga tribunal tanah adat akan ditubuhkan segera.

    ReplyDelete
  4. Mcm mana juga hal ni boleh berlaku??? Yang bikin hairan mcm mana sijil mati tu boleh keluar kalau orangnya blm mati??? duiii...

    ReplyDelete
  5. Tanah adat sebelah mana yang kena ambil??? Yg estet di Berakan Maju ka? Ada sesiapa yang boleh bagi info?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada bukti, jangan segan silu untuk keluarkan.Jika hanya cakap sahaja, susah juga mau percaya.

      Delete
  6. Kalau lah IJM betul buat ni hal kan, satu saya tidaj juga hairan lah tapi memalukanlah pula kan:P

    ReplyDelete
  7. Mengenai NCR, Kerajaan Negeri sememangnya mencari pelbagai jalan untuk menyelesaikan masalah rampasan tersebut. Tribunal tanah adat antara perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dengan penubuhan Tribunal tanah dapat mencari jalan penyelesaian dalam hal ini.

      Delete
  8. Rampasan tanah masih tiada jalan untuk menyelesaikannya?

    ReplyDelete
  9. Any news about the Tribunal?

    ReplyDelete
  10. Kerajaan harus bertindak cepat, semkain ramai penduduk dikena rampasan tanah yang tiada kawalan.

    ReplyDelete
  11. Tidak mungkin kerajaan negeri dan persekutuan tiada cara penyelesaiannya dan membiarkan rakyat ditindas oleh kuasa kuat.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan perlu segera menyelesaikan masalah ini. Tanah penduduk harus di jaga.

    ReplyDelete
  13. tunggu la dulu sehingga Tribunal ini benar2 ditubuhkan dan dilaksanakan.. memberikan gambaran negatif awal menunjukkan ada pihak yang terdesak menggagalkan apa sahaja usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah2 di negeri ini..

    ReplyDelete