Friday 23 March 2012

BAYI UMUR 4 BULAN ANTARA DITAHAN DALAM OPS 6P



PENGARAH Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman hari ini berkata seramai 31 warga asing termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditahan dalam operasi Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang telah dijalankan di sekitar Seremban dan Nilai pada malam semalam.

Dipetik Bernama Online beliau berkata, “Kesemua mereka yang terdiri daripada 23 lelaki termasuk kanak-kanak berusia empat bulan dan lapan wanita ditahan di enam lokasi di Seremban dan satu lokasi di Nilai, Seremban.

Mereka, terdiri daripada warganegara Indonesia, Nepal, Pakistan dan India, ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau memiliki dokumen perjalanan yang sudah tamat tempoh.

No comments:

Post a Comment