Tuesday 27 March 2012

HERBERT BURUK SANGKA TERHADAP 'ALLAH'



Oleh: THAMPAREQ KITEOS

PEMIMPIN Gereja Kristian Sidang Injil Borneo (SIB) Sylvester Mutang Dawat (gambar), menjelaskan bahawa niat kenyataannya sebelum ini yang mengalu-alukan persetujuan pemimpin PAS berhubung sebutan ‘Allah’ oleh penganut Kristian agar melihatnya ke arah positif dan skop yang lebih luas; demi untuk melupuskan prasangka negatif terhadap kepimpinan masyarakat Islam, khususnya PAS.

Beliau berkata, Musyridul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan pemimpin yang disegani Umat Islam di negara ini tentunya digeruni malah disambut perasaan lega oleh masyarakat Kristian kerana turut menyetujui sebutan ‘Allah’ oleh masyarakat itu.

“Niat kita adalah untuk berbaik-baik dengan semua kaum tanpa mengira kepercayaan Agama yang ada di negara ini. (Jadi) adakah salah bagi kita mengalu- alukan kenyataan pemimpin PAS itu?” tanya beliau sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PBS yang juga Adun Kedamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Pada Sabtu lalu, Herbert yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah berkata, tidak seharusnya masyarakat Kristian menerima bulat-bulat kenyataan pemimpin PAS yang membenarkan sebutan ‘Allah’ tapi bersyarat, yang disifatkannya sebagai pil beracun yang disalut dengan gula dan coklat.

Lagadan turut membidas sikap seorang pemimpin Kristian (merujuk kepada Mutang) melaungkan kegembiraan terhadap kenyataan politik bersyarat yang dibuat oleh PAS mengenai penggunaan perkataan ‘Allah’ itu.

Mutang berkata, kenyataan Lagadan yang juga seorang ‘Pastor’ tidak sepatutnya dibayangi perasaan ‘buruk sangka’ hanya kerana melihat PAS sebuah parti politik pembangkang yang mendapat sanjungan penganut Kristian disebabkan kematangan dan kesederhanaan politik mereka.

“Sesiapa juga boleh memberikan pendapat tidak kira di pihak pembangkang mahu pun kerajaan asalkan niatnya jujur, ikhlas dan setara dengan halatuju demokrasi yang memelihara hak asasi rakyat, kita akan terima,” tegas Mutang.

Dalam pada itu, Mutang enggan mengulas persoalan Lagadan terhadap niat PAS membuat kenyataan tersebut, sebaliknya beliau (Mutang) mencadangkan kepada Lagadan agar mengadakan debat dengan siapa sahaja pemimpin PAS negeri atau pusat untuk menegakkan dakwaan Lagadan.

6 comments:

  1. isu agama ni terlalu sensitif di Malaysia.. baik asingkan isu ini dengan fahaman politik.. jika wujud sebarang konflik, percanggahan pendapat atau apa sahaja yang berkaitan dengan agama, baik ketua2 agama sahaja yang duduk berbincang tanpa penglibatan ahli2 politik dan juga media..

    ReplyDelete
  2. samada pihak yang membuat kenyataan itu arif tentang agama atau tidak, selagi kenyataan atau pandangan beliau mengambilkira kepentingan politik, selagi itu kearifan beliau tentang agama boleh dipertikaikan..

    ReplyDelete
  3. Isu penggunaan nama 'Allah' ni sepatutnya tidak diperbesarkan lagi. Bagi saya, perkataan itu tidak wajar dijadikan hak milik oleh mana2 agama.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik serahkan pada yang pakar.

    ReplyDelete
  5. isi agama jgnlah dijadikan bahan politk.

    ReplyDelete
  6. Apa pun kita harap isu ini akan dapat diselesaikan sebaiknya.

    ReplyDelete