Saturday 17 March 2012

KEBANGKITAN LGBT DI MALAYSIA


Oleh : AWANG SELAMAT

AWANG terganggu dengan satu laporan baru-baru ini bahawa semakin ramai golongan muda Melayu dikesan mengamalkan gaya hidup homoseksual.

Walaupun ditegah oleh agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HiV, penularan seks luar tabii kian meluas dan membimbangkan.

Gejala tersebut bukan sahaja bertumpu di negeri-negeri Pantai Barat bahkan di Pantai Timur termasuk Kelantan.

Pendedahan itu yang dibuat oleh Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan mengundang persoalan besar tetapi ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini gejala homoseksual menjadi-jadi. Sebahagian aktiviti golongan itu dilakukan secara berani dan terbuka antaranya menerusi kelab gay dan lesbian.

Mengapa gejala songsang itu meningkat secara mendadaknya? Apakah ia memang fenomena global yang penularannya berjaya diperhebatkan ke negara ini menerusi perjuangan agresif pertubuhan hak asasi manusia?

Awang tiada jawapan tetapi ada lagi perkara yang mengganggu fikiran. Seorang lelaki gay Melayu menghubungi Awang bagi mengulas tulisan ruangan ini minggu lalu berhubung pelajar Malaysia yang berkahwin sejenis dengan lelaki Inggeris.

Sambil dia menyokong perkahwinan itu, lelaki gay berkenaan memberitahu bahawa gerakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kini dalam gelombang ‘kebangkitan’ selepas mendapat dua inspirasi.

Pertama, katanya, ada pemimpin pembangkang yang juga daripada golongan itu. “Itu suatu kemenangan buat golongan kami.” katanya.

Kedua, keberanian NGO memperjuangkan gaya hidup seks songsang sebagaimana penganjuran Seksualiti Merdeka. Menurut dia, itu juga bibit kejayaan awal. Awang menung panjang selepas mendengar pengakuan itu. (Utusan Online)

7 comments:

  1. Perhaps the religious authorities and educators should strengthen their religious teaching to the youths in order to prevent this?

    ReplyDelete
  2. Does this means the opposition will be targeting the LGBT voters during the next general elections?

    ReplyDelete
  3. Kesian. Perlu dihantar ke pusat pemulihan khas.

    ReplyDelete
  4. budaya songsang harus dielakkan. jadilah manusia normal.

    ReplyDelete
  5. Hubungan sejenis ini sememangnya kita perlu hindari.

    ReplyDelete
  6. jika Anwar dan Pakatan memerintah negara ini, gaya hidup songsang seperti ini bukan lagi sesuatu yang janggal atau luar biasa di negara ini.. ia akan menjadi kebiasaan..

    ReplyDelete
  7. jangan hanya kerana pembangkang yang memperjuangkan isu ini, maka ianya secara tidak dihalalkan oleh penyokong2 pembangkang.. mana2 yang tidak baik wajib disingkirkan jauh dari kehidupan rakyat Malaysia..

    ReplyDelete