Sunday 18 March 2012

KENAPA TIDAK KENANG JASA CIKGU ARSAD?


Saudara Pengarang,

TAHNIAH terhadap pendedahan komprehensif Sabahkini.net melalui artikel 'RCI, Sehebat Epik Merong Mahawangsa?' yang merupakan satu kejutan bagi kami mantan pelajar SMK Balung, Tawau.

Cikgu Arsad merupakan bekas guru saya. Dia pernah mengajar saya dan saya tahu dia jenis yang macam mana. Cuba kamu fikir, dia gunakan IC tersebut untuk mendidik anak-anak bangsa untuk maju ke hadapan; untuk berjaya dan untuk mencapai matlamat hidup.

Ke mana pergi jasanya itu? Kenapa jasa baiknya tidak ditonjolkan? Memang silap dia mengguna IC Palsu, tetapi dia guna untuk kebaikan, bukan untuk kejahatan. Sewajarnya Sabahkini.net mengambil contoh yang lain sedikit seperti PATI yang ada IC tetapi menggunakan IC tersebut untuk melakukan kerja yang baik dan terpuji.

Tolonglah jangan hancurkan orang yang pernah berjasa dan mendidik kami untuk maju ke hadapan. Fikirkanlah kalau kamu yang berada di tempat kami.

Yang Ikhlas,

RADIKA KALBIE


(NOTA : Radika merupakan Pegawai Tadbir (Kewangan-Sektor Sebutharga) Universiti Malaysia Sabah)

8 comments:

  1. It is true that some of those who uses fake IC but yet still contribute to our country.

    ReplyDelete
  2. Those who has contributed to the country should be recognized as their efforts have benefited the local people.

    ReplyDelete
  3. Saudara, anda semestinya tahu bahawa memiliki IC Palsu adalah satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Walau apapun jasa yg ada, undang-undang perlu dipatuhi. Sabahan, UUM Sintok

    ReplyDelete
  4. kena siasat dahulu identiti sebenar dia.. adakah dia benar2 PATI?

    ReplyDelete
  5. Siasat dulu kebenaran dalam hal ini. Kita sendiri tidak pasti setakat mana kebenaran dalam tuduhan ini.

    ReplyDelete
  6. contohnya si A mencuri wang tunai rm100 ribu atau membunuh, adakah kesalahan si A ini boleh dimaafkan dan dihalalkan hanya kerana jasa2 beliau kepada beberapa individu??

    ReplyDelete
  7. yang salah tetap salah.. jika jasa boleh diguna pakai untuk lepas dari tindakan undang2, saya rasa sudah ramai banduan dalam penjara yang dilepaskan begitu sahaja..

    ReplyDelete