Friday 2 March 2012

MUFTI PAHANG KATA MENGUNDI ITU WAJIB!

TANGGUNGJAWAB untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman.

Beliau berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

“Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

“Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Beliau berkata Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengundi orang bukan Islam dalam pilihan raya sekiranya tidak menimbulkan larangan dan pelanggaran terhadap ajaran agama itu sendiri.

“Diharuskan pula mengundi orang bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa yang sama boleh menjaga umat Islam itu sendiri.

“Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan orang yang bukan Islam,” katanya.

Mengenai bai’ah, Abdul Rahman berkata ia merupakan satu pengakuan taat setia yang dibuat dan sekiranya seseorang itu melanggar perjanjian tersebut maka orang berkenaan kelak akan menerima balasan atau musibah.

“Pengakuan bai’ah juga tidak boleh timbul dalam bentuk paksaan dan sekiranya berlaku perjanjian yang berbentuk paksaan maka perjanjian taat setia atau bai’ah itu terbatal,” katanya.

10 comments:

  1. Voting is not only compulsory, it's a right that only citizens own. We should not give up our right to determine the best government for ourselves.

    ReplyDelete
  2. Hopefully those who have not register themselves as voters will do so before the next general election is announced. Get out there and exerciser your rights as a voter.

    ReplyDelete
  3. tidak mengundi juga dikatakan sebagai 'dosa'.ada saya dengar di berita tv beberapa hari lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia dikira salah jika ia boleh menjejaskan pembentukan sesebuat kerajaan.

      Delete
  4. tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat. undi untuk masa depan negara.

    ReplyDelete
  5. Ada juga benarnya apa yang mufti itu katakan. Maka tunaikanlah tanggungjawab sebagai seorang pengundi.

    ReplyDelete
  6. Of course voting is compulsory. People who complains a lot but never go voting are ignorant.

    ReplyDelete
  7. Voting is the right of every citizen of a democratic state.

    ReplyDelete
  8. hopefully all who are eligible to vote will exercise this right.

    ReplyDelete
  9. bagaimana pula jika individu yang layak mengundi itu masih ragu2 dengan parti2 politik yang sedia ada?? kesimpulannya, mereka tidak tahu dimana arah yang mereka perlu tuju.. adakah dalam kes ini, mungundi itu masih boleh dikatakan sebagai wajib jika wujud paksaan dalam menentukan pilihan mereka??

    ReplyDelete