Monday 19 March 2012

NAJIB KOMITED DENGAN MASA DEPAN MALAYSIA


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.

"Apabila saya memegang jawatan hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya semasa melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda di Petlaing Jaya, Selangor.

Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.

Sambil menyatakan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat termasuk masyarakat India, Najib berkata beliau tidak akan berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan.

"Saya bukan ahli politik jenis itu," kata Najib sambil menegaskan bahawa beliau komited dan tidak akan bertolak ansur demi masa depan Malaysia.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan akan melakukan usaha yang lebih lagi untuk faedah rakyat jika mereka diberikan mandat untuk lima tahun lagi.

Najib meminta semua rakyat untuk bersama-sama dengan beliau bagi membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

Beliau memberitahu orang ramai yang hadir di majlis itu bahawa sejak tahun 2009, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan menaik taraf hampir 400 sekolah sedemikian di seluruh negara.

Najib, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1MDB kemudian menyampaikan geran akademik 1MDB kepada 75 pelajar SMC yang melanjutkan pengajian mereka di universiti-universiti tempatan.

Pelajar berkenaan, masing-masing menerima RM15,000, telah menuntut sekurang-kurangnya setahun di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau swasta dan mendapat minimum CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) 3.00 daripada 4.00.

1MDB dan SMC bekerjasama bagi membantu pelajar yang memerlukan berdasarkan merit dan keperluan. Kerjasama itu bermula pada 2010 dengan 50 pelajar, diikuti 50 pelajar lagi pada 2011. (BERNAMA)

18 comments:

  1. Congratulations to all the students who successfully received the RM15,000 scholarship to further their studies in higher level, hopefully they will do their best in their studies so that they may be able to contribute to the country in the future. Good job from the government for acknowledging their talents.

    ReplyDelete
  2. Students who excel in their studies but could not afford to further their studies should be given the chance to do so by the government such as giving out scholarships or loans, like this 1MDB, this form of encouragement will benefit not only the student alone but also the country's future.

    ReplyDelete
  3. Semoga kerajaan dapat membantu belia yang berkeupayaan unutk menuntut pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pelajar yang bijak dan cerdas dalam pelajaran tapi tidak berkemampuan boleh mendapat bantuan dari kerajaan.

      Delete
  4. Janji kerajaan harus ditunaikan.

    ReplyDelete
  5. Pembangunan Malaysia bukan sahaja tanggung jawab Najib tetapi kesemua rakyat.

    ReplyDelete
  6. Banyak lagi kelemahan dalam BN. Najib harus memberi perhatian yang wajar.

    ReplyDelete
  7. Peruntukan yang diberi harus digunakan dengan wajar untuk pembelajaran.

    ReplyDelete
  8. Pimpinan Najib boleh menjamin masa depan negara? Kabinet BN amat penting untuk transformasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokongan rakyat amat penting untuk menjayakan program transformasi

      Delete
  9. Barisan Nasional (BN) will protect and safeguard the people’s welfare and needs will be fulfilled if it is returned to power in the next general election.

    ReplyDelete
  10. Various aid including the 1Malaysia People’s Assistance (BR1M), were part of the BN extended to the people to ease the burden of the people and help them improve their family economy.

    ReplyDelete
  11. Time and time again BN had always been working in the best interest of the people in looking after their welfare.

    ReplyDelete
  12. Rapid development under the BN administration would enable the people to unleash their potentials in the march towards a high-income nation.

    ReplyDelete
  13. semoga Najib dpt memastikan masa depan negara yang maju, aman dan kaya.

    ReplyDelete
  14. Baguslah kalau Datuk Najib benar-benar ingin memastikan masa depan Malaysia akan terus cerah,.

    ReplyDelete
  15. bila Najib memberikan layanan yang adil kepada semua rakyat Malaysia, timbul pula suara2 sumbang pakatan kononnya Najib mengabaikan kaum Melayu..

    ReplyDelete
  16. anyway, teruskan memberi layanan yang adil kepada semua rakyat.. pemimpin2 pembangkang sudah tentu tidak melihat layanan adil ini, namun rakyat sebagai pengundi akan melihat apa sahaja usaha dipihak kerajaan..

    ReplyDelete