Sunday 11 March 2012

PAS SARAWAK SOKONG TABAH

Oleh : MOHD FIRDAUS M.N

DEWAN Pemuda, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sarawak ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia, bahawa PAS Sarawak menyokong penuh usaha yang dilakukan sebuah badan NGO dari Sabah, Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) dalam memperjuangkan isu-isu rakyat terutama yang berkaitan tanah rakyat.

Pemuda PAS Sarawak menyokong penuh Himpunan '123 Bangkit' kerana kami menganggap situasi penindasan yang dilakukan oleh pemerintah di Sabah sama dengan situasi di Sarawak.

Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang luas tanahnya dikurniakan Allah swt dan kepadatan penduduknya amat rendah. Oleh yang demikian, sepatutnya rakyat Sabah dan Sarawak tidak menghadapi masalah ketiadaan pemilikan tanah yang sah.

Sebaliknya, kekayaan dan keluasan tanah di Borneo ini hanya dibahagi-bahagikan kepada syarikat-syarikat besar dengan alas an menjana ekonomi negeri. Namun hasil kekayaan dan penjanaan ekonomi itu tidak dirasai sepenuhnya oleh rakyat.

Maka, Pemuda PAS menyokong penuh gerakan rakyat Sabah untuk menuntut hak tanah mereka dalam himpunan 123 Bangkit.

No comments:

Post a Comment