Friday, 30 March 2012

RUNDING SEBELUM NAIK KADAR CUKAI


WAKIL Rakyat Sekong, Datuk Samsudin Yahya mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya berunding dengan wakil rakyat sebelum menaikkan kadar cukai yang membebankan rakyat.

Beliau memberikan contoh kadar yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dianggap membebankan rakyat

“Sebagai pemimpin dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, untuk berkhidmat dan membela nasib rakyat, saya ingin membangkitkan mengenai suara hati rakyat khususnya di kawasan Sekong, Sandakan. Ini berikutan kenaikan kadar cukai oleh pihak MPS, dengan kadar yang begitu tinggi sehingga membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika turut membahaskan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini kelmarin.

“Dewan yang mulia ini saya mancadangkan supaya PBT khususnya MPS berbincang terlebih dahulu dengan wakil-wakil rakyat sebelum mengambil langkah menaikkan kadar cukai pintu ini,” katanya.

Samsudin meminta agar kementerian berkaitan supaya memantau perkara ini dan memastikan bahawa setiap PBT perlulah mendapatkan juga pandangan dari kementerian dan pelbagai pihak berkepentingan sebelum menaikkan kadar cukai pintu.

“Ini amat penting bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa, dan wakil-wakil rakyat pula yang dipersalahkan seolaholeh tidak prihatin dan tidak memperjuangkan suara rakyat di peringkat akar umbi, sesuai dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” tegasnya.

Beliau juga menyambut baik pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menambah baik dan meningkatkan lagi sistem penyampaian dan integriti penjawat awam di semua peringkat termasuklah kepada pihak PBT.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat segelintir daripada mereka yang masih gagal menghayati dan melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan berintegriti.

Dalam ucapannya, Samsudin juga turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan lawatan DYMM Sultan Brunei ke Sandakan baru-baru ini. Terutama sekali kepada Pengarah dan kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah yang menjadi hos lawatan diraja ke Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok.

“Ternyata kawasan ini telah berjaya melonjakkan Sabah khususnya kepada Baginda Sultan Brunei tentang usaha-usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah di bawah kempimpinan Ketua Menteri dalam usaha usaha-usaha pemuliharaan hutan dan konservasi hutan serta memelihara dan mengekalkan keindahan alam semulajadi dan khazanah hutan kita,” katanya.

9 comments:

  1. Memang patut dibincangkan. Nanti kalau rakyat tidak puas hati, wakil rakyat pun akan dipersalahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Ini amat penting bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa, dan wakil-wakil rakyat pula yang dipersalahkan seolaholeh tidak prihatin dan tidak memperjuangkan suara rakyat di peringkat akar umbi, sesuai dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,”

      That's how it should be. People first, performance now!That is 1Malaysia all about.

      Delete
  2. Setiap keputusan yang dibuat biarlah mengambilkira kepentingan rakyat. "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus diteliti dengan lebih mendalam.

      Delete
  3. kadar cukai jgnlah dinaikkan lagi. patut kurangkan beban rakyat.

    ReplyDelete
  4. Sebelum kenaikan kadar cukai, kerajaan harus meneliti terlebih dahulu keadaan rakyat terutama di Sabah. Dengan isu beban sabotaj polici dan isu minimum wage. Semuanya tu adalah antara bebanan rakyat Sabah

    ReplyDelete
  5. Menaikkan cukai tanpa ada perbincangan dan rundingan akan membawa masalah kepada sesetengah pihak. Maka sebaiknya laksanakan pelbagai perbincangan bagi mencari persetujuan dan penyelesaian masalah yang dihadapui.

    ReplyDelete
  6. Jangan menaikkan kadar cukai sesuka hati.

    ReplyDelete
  7. sebelum menaikkan kadar cukai, baik semua PBT lihat dan nilai sejauhmana tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan mereka..

    ReplyDelete