Saudara Pengarang,
RAKYAT Sabah nampaknya dikhianati lagi secara berterusan oleh pengkhianat negara apabila membenarkan secara 'HALAL' operasi mendaftar rakyat asing di Kompleks Innabah Kamal, Semporna sejak beberapa minggu yang lalu.
Operasi rahsia sedang berjalan di salah satu Pusat Pemulihan yang sepatutnya untuk aktivitI keagamaan, tetapi disalahgunakan untuk memenuhi nafsu serakah pemimpin UMNO melalui penipuan yang dihalalkan kerajaan.
Selaku Pemangku Ketua Cabang PKR Semporna, saya amat khuatir dan sukar membendung libido atau nafsu haloba seorang Adun di daerah ini yang secara berterusan menggunakan kedudukannya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara memberikan dokumen pengenalan diri iaitu Sijil Lahir Daftar Lewat dan permohonan MyKad.
Saya amat khuatir Pusat Agama ini digunakan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan subversif memberikan kerakyatan songsang seperti beberapa modus operandi sebelum ini, tetapi gagal dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri.
Persoalannya, apakah KDN telah merestui aktiviti seumpama ini atau pihak KDN tidak menyedari bahawa operasi haram ini dilakukan di kawasan tertutup milik individu sejak sekian lama bagi melaksanakan aktiviti yang tidak bermoral dan boleh menjejaskan masa depan negara?
ANAK PATI.....Lihat baju kanak-kanak tadika ini daripada HUMANA iaitu Tadika untuk warga asing dan bukannya rakyat tempatan. Lihat wajah mereka begitu asing di Semporna. Inabah Kamal kini sebagai Pusat Agama atau Pusat Proses Kerakyatan Songsang kepada Orang Asing? Gambar selanjutnya membawa makna masing-masing yang boleh anda tafsirkan sendiri.
Saya mendapat maklumat terdapatnya aktiviti mendaftarkan anak-anak 'Stateless Children' untuk menjadikan mereka warganegara oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara di Innabah Kamal Semporna sejak beberapa minggu lalu dan entah sudah berapa ribu yang telah didaftarkan dan tidak tahu apa sebenarnya terjadi.
Adun berkenaan mnggunakan wakil dan pegawainya membuat operasi haram ini dalam pusat itu bersama pegawai-pegawai JPN yang didatangkan khas dari pihak pusat yang berpakaian lengkap dengan uniform merah mereka.
Saya ingin mempersoalkan, jika benar kerajaan (JPN) menjalankan aktiviti ini mengikut undang-undang, kenapa harus dijalankan di dalam pusat keagamaan Innabah Kamal yang dikawal oleh individu dan menghadkan orang awam untuk datang ke sana bagi mendaftarkan anak-anak jalanan ini?
Saya mempunyai bukti mengenai perkara ini bahawa mereka tidak mendaftarkan secara telus anak-anak ‘Stateless Children’ ini, tetapi mendaftarkan PATI untuk mendapatkan Kad Pengenalan yang datang dari daerah-daerah lain; dari segenap pelusuk negeri Sabah, tetapi berselindung di sebalik 'Ops Stateless Children'.
Yang keluar masuk ke Innabah Kamal bukan 'Stateless Children' sebaliknya 'Stateless PATI' yang berusia 21 tahun ke atas. Apakah umur sedemikian masih ditafsirkan sebagai kanak-kanak?
Diharap agar semua Parti Politik di Sabah dapat dapat datang dan berhimpun di Innabah Kamal dan menghantar notis bantahan agar operasi berkenaan dihentikan segera sebelum terlambat.
Semua pihak tahu bahawa Ops Lepa-Lepa iaitu kegiatan mendaftar Sea Gypsy, Palau masih rancak dilakukan di daerah ini dan kini diversikan sebagai 'Ops Stateless Children; sedangkan pada dasarnya ia boleh dilakukan di Pejabat Pendaftaran; tetapi kerana ada agenda tersirat maka dijalankan di tempat sulit seperti Innabah Kamal.
Salam Hormat,
DATU PG.AHMAD DATU ALI ALAM
Pemangku Ketua Cabang PKR Semporna
Permohanan Mykad harus hanya mereka yang warganegara M'sia.
ReplyDeletemykad hnylah untuk rakyat Malaysia sahaja.
ReplyDeleteThose who are involved in giving mykads to the illegal immigrants must be punished.
ReplyDeleteRCI diperlukan untuk siasat hal ini.
ReplyDeleteKita tidak tahu akan kebenaran dalam dakwaan artikel ini. Jika ibu bapa mereka mempunyai mykad dan sijil lahir maka anaknya pun layak mendapatkannya.
ReplyDeletePerlu pastikan ibubapa mereka juga mendapat mykad dan sijil lahir secara sah atau sebaliknya.
DeleteSyarat sudah semestinya telah ditetapkan untuk memperolehi Kewarganegaraan.
ReplyDeletepihak2 tertentu janganlah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik sendiri. kalau benar perkara ni berlaku, erahkan bukti kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
ReplyDeletetinggi sangat ka kuasa ADUN sehingga mampu menpergunakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk melakukan kerja2 mengkhianati kedaulatan negeri ini??
ReplyDelete