Tuesday 13 March 2012

SUAMI SHAHRIZAT DI DAKWA CBT

Oleh : SHAZWAN MUSTAFA KAMAL

DATUK Seri Mohamad Salleh kelmarin didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah dan melanggar syarat Akta Syarikat apabila menggunakan RM49 juta dana awam yang diberikan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Pengerusi Eksekutif NFC itu yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang semalam telah mengumumkan perletakan jawatannya awal bulan depan duduk berhampiran suaminya bersama-sama saudara mara dan penyokongnya. Hanya satu daripada tiga anak mereka Izmir hadir di mahkamah.

Kedua-dua anak mereka,Izran dan Izana yang merupakan pengarah kepada syarikat tersebut yang bertanggungjawab menguruskan pusat penternakan lembu fidlot tidak hadir di mahkamah. Ini menimbulkan persoalan sama ada mereka turut berhadapan dakwaan yang sama.

Shahrizat semalam mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh penggal beliau sebagai senator tamat 8 April depan setelah menerima desakan daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Pihak berkuasa telah dipaksa oleh masyarakat supaya menyiasat tuduhan pembangkang sama ada keluarga menteri terbabit telah menggunakan dana RM250 juta untuk NFC digunakan untuk pembelian kondominium.

Skandal tersebut telah membantutkan usaha transformasi kerajaan dan keputusan seolah-olah mengorbankan politik Shahrizat dilihat sebagai langkah pencegahan Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal diadakan dalam masa terdekat.

Turut difahamkan Najib akan mengumumkan pilihan raya dalam masa terdekat sebagai mengambil peluang peningkatan sokongan rakyat terhadapnya berikutan pemberian bantuan wang tunai kepada rakyat.

Kelembapan ekonomi dunia berkemungkinan akan menggagalkan peluang BN ketika pilihan raya yang harus dibuat awal tahun depan.

Skandal NFCorp bukanlah skandal terbaru yang telah melanda Najib dan Umno, namun hubungan perladangan berpotensi menjadi pemusnah kerana kebanyakan rakyat Malaysia memahami perkara itu berbanding perkara yang melibatkan urusan kewangan.

5 comments:

  1. Jika didapati bersalah, diharapkan tindakan yang sesuai akan diambil terhadap mereka.

    ReplyDelete
  2. Wang yang disalahgunakan itu perlulah dikembalikan semula kerana itu adalah wang rakyat.

    ReplyDelete
  3. biarlah ini disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  4. Diharap kes akan segera selesai.

    ReplyDelete
  5. jika skandal ini selesai dan semua pihak yang terlibat telah dihadapkan kemahkamah, saya yakin isu NFC tetap akan di main2kan bukan sahaja di media malah disetiap kempen2 PRU pembangkang..

    ReplyDelete