Monday 19 March 2012

TABAH AKAN LANCAR 'BANGKIT 2.0'


Oleh : LAHIRUL BIN LATIGU

NGO, Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) mengucapkan terima kasih kepada para petugas keselamatan yang mengawal pergerakan dan kelancaran semasa Himpunan 123 Bangkit pada 12 Mac 2012 yang lalu.

TABAH juga telah menyediakan sebuah sijil penghargaan kepada pasukan keselamatan dan akan diserahkan kepada ACP Ahmad Sofi Zakaria, selaku Ketua Polis Kota Kinabalu atas kerjasama tersebut.

TABAH juga menyangkal dakwaan beberapa pihak tertentu seperti mana laporan yang tidak berasas mengenai perhimpunan tersebut dalam sebuah akhbar tempatan Sabah pada 13 Mac lalu.

Dakwaan yang dibuat oleh wakil Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Kampung Landau Cenderamata (Masyarakat Melayu), Kampung Merotai Besar Tawau, Suratmin Yusof bersama dua lagi rakannya yang memberi laporan tidak berasas mengenai TABAH. Ini merupakan satu usaha untuk memburuk-burukkan keadaan dan juga TABAH.

Oleh kerana layanan yang kurang memuaskan yang diterima oleh TABAH semasa penghantaran memorandum, maka TABAH akan melancarkan seterusnya menggerakkan satu lagi himpunan sama pada satu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Apa yang bezanya, TABAH tidak lagi menghantar memorandum serupa kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tetapi akan mengadakan perhimpunan besar-besaran dengan jangkaan akan turut dihadiri oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Perhimpunan akan datang juga sebagai menyahut saranan yang diberikan oleh ACP Ahmad Sofi Zakaria, Ketua Polis Kota Kinabalu semasa '123 Bangkit' pada 12 Mac lalu mengenai lokasi perhimpunan yang dibenarkan.

Menurut beliau, lokasi yang dibenarkan bagi perhimpunan aman di sekitar Kota Kinabalu ialah sama ada di Stadium Likas atau di Padang Merdeka, dekat Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, TABAH akan mengadakan 'Bangkit 2.0' seperti di atas di lokasi Padang Merdeka. TABAH juga memohon agar pihak berkuasa dan keselamatan mempertimbangkan hasrat ini.

Berita penahanan dan sekatan terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang juga AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman oleh Kerajaan Negeri Sabah turut menarik perhatian TABAH dengan memohon kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri; agar membenarkan ketiga-tiga pimpinan parti (seperti yang disebutkan di atas) serta beberapa pimpinan lain yang mungkin menyebabkan ketiga-tiga pimpinan ini, mengalami kemaslahatan untuk hadir pada hari berkenaan untuk masuk ke Negeri Sabah bagi melancarkan perhimpunan pada hari berkenaan. Ini bagi membuktikan semangat 1Malaysia dan menghormati prinsip kebebasan dan semangat demokrasi negara Malaysia.

24 comments:

  1. Good to know that this peaceful gathering has gone smoothly with the help of the police force to ensure the safety during the demonstration. Thanks to the ACP Ahmad Zakaria who approved the permit for this gathering and commitment to keep the gathering peaceful.

    ReplyDelete
  2. Hopefully Tabah will be able to gain the ACP's permit for the Bangkit 2.0 rally next round. Any demonstration should be done peacefully without chaos, I'm glad that Sabahans and the Sabah authorities are able to set a good example to the rest of the country. This would not have happen without everyone's cooperation and support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang di cetus.

      Delete
  3. Demontrasi harus dijalan dengan hati yang tenang, yang penting mencapai agendanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhimpunan yang di buat haruslah tidak menyalahkan undang2 negara.Ikut peraturan jangan ikut perasaan.

      Delete
  4. TABAH juga telah menyediakan sebuah sijil penghargaan kepada pasukan keselamatan dan akan diserahkan kepada ACP Ahmad Sofi Zakaria, selaku Ketua Polis Kota Kinabalu atas kerjasama tersebut.

    Thats their job to maintain the safety of the people too.

    ReplyDelete
  5. Semoga isyarat dan mesage yang nak disampai berjaya sampai ke oragn yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesej itu boleh disampaikan melalui saluran mahkamah.. namun disebabkan wujud parti yang terdesak mahu merampas kerajaan, maka dibawanya masalah rakyat ke jalanraya..

      Delete
  6. Ini bagi membuktikan semangat 1Malaysia dan menghormati prinsip kebebasan dan semangat demokrasi negara Malaysia.

    Malaysia harus menghala ke arah negara yang 100% berdemokrasi. Bertindak dan bukannya secara cakap sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya, menganjurkan demonstrasi jalanan yang tentunya akan mengganggu kepentingan orang awam yang lain bukanlah sebahagian dari demokrasi yang kita perjuangkan..

      Delete
  7. Oleh kerana layanan yang kurang memuaskan yang diterima oleh TABAH semasa penghantaran memorandum, maka TABAH akan melancarkan seterusnya menggerakkan satu lagi himpunan sama pada satu masa yang akan ditetapkan kemudian.

    Harap memorandum sampai ke tangan pihak berkuasa dan bertindak bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa perlu ada perhimpunan baru boleh hantar memorandum?

      Delete
    2. sebenarnya bukan sahaja kurang layanan, malah kurang sambutan dikalangan rakyat Sabah.. sebab itu mereka terdesak mahu anjurkan sekali lagi perhimpunan yang sama..

      Delete
  8. tu semua hanya gimik politik PAS saja.

    ReplyDelete
  9. One thing for sure, sabah know how to maintain a peaceful demonstration compared to peninsular malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. but I will not be surprised if in the near future there will be a chaos in this state.. even by organizing this rally is considered as chaos because it will interfere in public daily activities..

      Delete
  10. demo takkan selesaikan masalah, hal ini boleh diselesaikan dgn cara baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang mereka suka.. bila demo pertama tidak mampu menyelesaikan masalah ini, dia akan buat demo seterusnya sehingga la mereka berjaya menggulingkan kerajaan dengan cara paling tidak demokratik.. nampak sangat yang mereka ini tidak ikhlas membantu rakyat melainkan hanya untuk kepentingan politik semata2..

      Delete
  11. Semoga demo sebegini bukan menjadi amalan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnya bukan amalan rakyat Sabah.. tapi orang luar sengaja membawa masuk budaya ini ke Sabah untuk kepentingan politik mereka semata2..

      Delete
  12. kalau rakyat tidak berminat dengan parti itu, lancar Bangkit sampai 1000.0 pun tetap sama juga hasilnya..

    ReplyDelete
  13. agaknya inilah penyelesaian paling profesional PAS bila berhadapan dengan masalah.. patutlah Kelantan masih mundur selepas lebih 20 tahun parti itu mentadbir Kelantan..

    ReplyDelete
  14. apa salahnya jika PAS membantu penduduk kampung ini membawa masalah mereka ke mahkamah?? kenapa tidak gunakan peguam2 yang ada dalam Pakatan atau mendapatkan peguam lain yang lebih baik untuk rakyat?? adakah masalah rakyat Sabah hanya layak dimain2kan di media dan jalanraya??

    ReplyDelete