Sunday 25 March 2012

V.K.LIEW HANTAR MEMO KEPADA MPS




KESAL.......V.K.Liew kesal dengan kelembapan pentadbiran MPS sehingga menjejas nama baik kerajaan BN.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Datuk Liew Vui Keong menegaskan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) harus peka terhadap aduan dan rintihan rakyat yang menghadapi pelbagai masalah termasuk alam persekitaran, kebersihan dan kerosakan jalan di taman-taman perumahan dan sebagainya.

Kurangnya perhatian dan tanggung jawab MPS dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang tidak efisyen boleh menjejaskan imej pihak berkuasa tempatan, malah menyerlahkan kelemahan pentadbiran kerajaan terutama kepada ADUN dan Ahli Parlimen.

V.K.Liew berkata demikian dalam satu temuramah eksklusif dengan Sabahkini.Net kelmarin mengenai memorandumnya yang dihantar kepada Presiden MPS, Datuk Ir James Wong yang berkaitan isu-isu semasa tentang masalah rakyat di kawasannya.

“Saya mahu MPS terus meningkatkan mutu kerjanya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang berkait rapat dengan rakyat misalnya rumput-rumput panjang tidak dipotong, sistem mengutip sampah-sampah sarap tidak mengikut jadual dan rentetan daripada senario ini boleh mengurangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN yang ada sekarang,”ujarnya VK Liew lagi.

VK Liew berkata, pejabat LDP dan pejabat Ahli Parlimen P186 banyak menerima aduan daripada masyarakat yang mendakwa MPS tidak efisien dalam mengendalikan satu-satu tugas yang diamanahkan.

V.K.Liew menambah, kelembaban pentadbiran MPS menjejaskan imej dan kewibawaan kerajaan menyelesaikan masalah rakyat dan ekoran daripada perbuatan MPS ini akan memberi ruang seluas-luasnya kepada parti pembangkang membuat propaganda dan melempar tohmahan liar kepada BN dan juga kepada pemimpin-pimimpin kerajaan.

Sepatutnya, kata V.K.Liew, MPS lebih bergerak pantas dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan membiarkan sesuatu masalah sehingga melarat dan menimbulkan kebencian rakyat, apatah lagi ketika pilihanraya di ambang pintu.

Katanya lagi, MPS seharusnya dapat memainkan peranan penting untuk kesejahteraan rakyat di Sandakan kerana dalam pilihanraya umum nanti, isu pertama yang ditimbulkan oleh pembangkang ialah mengenai kelemahan pentadbiran MPS.

“Sebagai Ahli Parlimen Sandakan, saya merayu kepada MPS kerana dengan adanya memorandum yang saya ajukan mengenai beberapa perkara penting yang berkaitan dengan pembangunan dan masalah rakyat; perlu diambil iktibar dan beberapa tindakan drastik perlu dilakukan dan bukannya untuk KIV (Keep In View),” tegasnya.

Dalam hal ini, kata V.K.Liew, MPS boleh merujuk kepada Ahli Parlimen dan ADUN yang sedia ada atau terus langsung kepada beliau untuk mendapatkan bantuan atau peruntukan yang perlu.

No comments:

Post a Comment