Friday 9 March 2012

WARGA SABAH TERLANTAR DI SHAH ALAM


Saudara Pengarang,

WARGA emas, Semat Bin Umar, MyKad 440316-12-5125/H0289254, berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said, Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam bersama isteri yang dikahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

Tiga minggu lepas isterinya telah dimasukkan hospital selama dua minggu kerana paru-paru dijangkiti kuman. Oleh itu, Semat hidup seorang mengharap belas ehsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Semat di rumah Kebajikan orang tua.

Ketika ini, Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Semat dan tahu di mana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau dimasukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya dihabiskan di sana tanpa anak-anak di sisi.

Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.

Sila hubungi Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885 atau hubungi saya di FB ini.


Sekarang Semat berada di Wad 8B, Katil No 7, Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

Salam Hormat,

MJ

No comments:

Post a Comment