Friday 14 September 2012

ABAIKAN BADUT MENGHINA TARIAN SUMAZAU!



JIKA bukan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor menarikan Tarian Sumazau dan menyanyikan lagu 'Anak Kampung' di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya; mungkin isu ini tidak sehangat sekarang setelah dipolitikkan pihak tertentu.

Rakyat Sabah sebelum ini terkenal dengan budi pekerti dan sopan santun, tiba-tiba melatah dan tidak dapat menerima 'penghinaan' yang menjatuhkan maruah Sabah kerana Tarian Sumazau telah diterima sebagai 'Tarian Tradisi Rakyat Sabah'; bukannya Tarian Kadazandusun atau Tarian Pemujaan atau Tarian Orang Rendah Akhlak.

Pada mulanya Paparazzi tidak mempedulikan 'Badut' yang mencari makan atas nama 'Suara Pakatan Rakyat' yang didalangi oleh Blogger bernama Azman Ibrahim; namun setelah beberapa laporan polis dibuat pihak tertentu; Paparazzi mula tertarik untuk mengkaji 'Saiwar' (Perang Psikologi) yang dilancarkan terhadap rakyat Sabah ini untuk menumbangkan Kerajaan BN melalui 'Hasutan dan Agitasi Budaya' yang sebelum ini terbukti berkesan untuk memecahkan kesatuan dan perpaduan.

Sewajarnya rakyat Sabah tidak melayan 'Adu-domba' daripada blog-blog di dunia Siber tanpa sempadan ini kerana terdapat berjuta-juta Blog-Blog Palsu tanpa pemilik atau dikendalikan oleh 'Orang Bacul' atau 'Badut Politik'.

Paparazzi menganggap Penulis Blog 'Suara Pakatan Rakyat' yang sebelum ini pernah menghantarkan artikel dan pernah disiarkan Sabahkini.net iaitu Azman Ibrahim adalah Blogger yang 'Cacat Mental' dan tidak perlu dilayan; termasuk yang sebelum ini mengapi-apikan isu Sabah dan Sarawak.

Penafian PAS dan PKR tidak meredakan isu ini kerana Blog yang servernya dikendalikan oleh Exabytes di Bayan Lepas, Pulau Pinang sebelum ini adalah 'Lidah Rasmi' Pakatan Rakyat yang didaftarkan atas nama ASIA-NETWORK-SOLUTIONS pada  01 Februari 2011 yang beralamat di Nombor 29, Jalan SS22/37, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya yang boleh dihubungi melalui  (Tel) 03-55255555.

Mengikut rekod, Domain Name 'Suara Pakatan Rakyat' ini atas nama 'asiahost.com.my' melalui pendaftaran bernombor D1A111769 yang dikendalikan oleh Chan Kee Siak daripada Exabytes Network Sdn Bhd, 1-18-8, Suntech @ Penang Cybercity, Lintang Mayang Pasir 3 , Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. Exabyte boleh dihubungi melalui (Tel) 604-6308283 atau (Fax) 604-6308288.

Sehubungan itu, ada baiknya rakyat Sabah tidak melayan karenah pihak tertentu yang ingin menangguk di air keruh di Sabah, terutama Parti Politik untuk mewujudkan keadaan tidak selesa, mencambah syak wasangka dan menimbulkan bibit-bibit perpecahan sehingga memudahkan kita dipecaha dan diperintah.

Soal memilih parti mana dan kerajaan mana adalah hak masing-masing, tetapi janganlah memberikan 'tuba' kepada rakyat Sabah yang hauskan pembangunan dan masih berjuang menuntut kemerdekaan atas layanan tidak sama rata pemimpin Persekutuan yang masih lagi menyebut Sabah dan Sarawak selepas Semenanjung Malaysia atau Malaysia sedangkan Sabah dan Sarawak adalah komponen penting bagi negara Malaysia.  

Dalam Dunia Maya @ Siber, kita tidak dapat melakukan apa-apa terhadap pihak yang cuba mencetuskan permusuhan termasuklah 'Sultan Sulu' @ Datuk Akjan yang melantik dirinya sebagai 'Sultan Badut' (King Of Clown).


No comments:

Post a Comment