JIKA bukan kerana Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah
Mansor menarikan Tarian Sumazau dan menyanyikan lagu 'Anak Kampung' di Majlis
Rumah Terbuka Hari Raya; mungkin isu ini tidak sehangat sekarang setelah
dipolitikkan pihak tertentu.
Rakyat Sabah sebelum ini
terkenal dengan budi pekerti dan sopan santun, tiba-tiba melatah dan tidak
dapat menerima 'penghinaan' yang menjatuhkan maruah Sabah kerana Tarian Sumazau
telah diterima sebagai 'Tarian Tradisi Rakyat Sabah'; bukannya Tarian
Kadazandusun atau Tarian Pemujaan atau Tarian Orang Rendah Akhlak.
Pada mulanya Paparazzi tidak
mempedulikan 'Badut' yang mencari makan atas nama 'Suara Pakatan Rakyat' yang
didalangi oleh Blogger bernama Azman Ibrahim; namun setelah beberapa laporan
polis dibuat pihak tertentu; Paparazzi mula tertarik untuk mengkaji 'Saiwar'
(Perang Psikologi) yang dilancarkan terhadap rakyat Sabah ini untuk
menumbangkan Kerajaan BN melalui 'Hasutan dan Agitasi Budaya' yang sebelum ini
terbukti berkesan untuk memecahkan kesatuan dan perpaduan.
Sewajarnya rakyat Sabah
tidak melayan 'Adu-domba' daripada blog-blog di dunia Siber tanpa sempadan ini
kerana terdapat berjuta-juta Blog-Blog Palsu tanpa pemilik atau dikendalikan
oleh 'Orang Bacul' atau 'Badut Politik'.
Paparazzi menganggap Penulis
Blog 'Suara Pakatan Rakyat' yang sebelum ini pernah menghantarkan artikel dan pernah
disiarkan Sabahkini.net iaitu Azman Ibrahim adalah Blogger yang 'Cacat Mental'
dan tidak perlu dilayan; termasuk yang sebelum ini mengapi-apikan isu Sabah dan
Sarawak.
Penafian PAS dan PKR tidak
meredakan isu ini kerana Blog yang servernya dikendalikan oleh Exabytes di
Bayan Lepas, Pulau Pinang sebelum ini adalah 'Lidah Rasmi' Pakatan Rakyat yang
didaftarkan atas nama ASIA-NETWORK-SOLUTIONS pada 01 Februari 2011 yang beralamat di Nombor 29,
Jalan SS22/37, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya yang boleh dihubungi melalui
(Tel) 03-55255555.
Mengikut rekod, Domain Name 'Suara
Pakatan Rakyat' ini atas nama 'asiahost.com.my' melalui pendaftaran bernombor
D1A111769 yang dikendalikan oleh Chan Kee Siak daripada Exabytes Network Sdn
Bhd, 1-18-8, Suntech @ Penang Cybercity, Lintang Mayang Pasir 3 , Bayan Baru, 11950
Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. Exabyte boleh dihubungi melalui (Tel)
604-6308283 atau (Fax) 604-6308288.
Sehubungan itu, ada baiknya
rakyat Sabah tidak melayan karenah pihak tertentu yang ingin menangguk di air
keruh di Sabah, terutama Parti Politik untuk mewujudkan keadaan tidak selesa,
mencambah syak wasangka dan menimbulkan bibit-bibit perpecahan sehingga
memudahkan kita dipecaha dan diperintah.
Soal memilih parti mana dan
kerajaan mana adalah hak masing-masing, tetapi janganlah memberikan 'tuba'
kepada rakyat Sabah yang hauskan pembangunan dan masih berjuang menuntut
kemerdekaan atas layanan tidak sama rata pemimpin Persekutuan yang masih lagi
menyebut Sabah dan Sarawak selepas Semenanjung Malaysia atau Malaysia sedangkan
Sabah dan Sarawak adalah komponen penting bagi negara Malaysia.
Dalam Dunia Maya @ Siber,
kita tidak dapat melakukan apa-apa terhadap pihak yang cuba mencetuskan
permusuhan termasuklah 'Sultan Sulu' @ Datuk Akjan yang melantik dirinya
sebagai 'Sultan Badut' (King Of Clown).
No comments:
Post a Comment