Monday 24 September 2012

ANIFAH KETUAI DELEGASI MALAYSIA KE PBB




KUALA LUMPUR : Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-67 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York mulai hari ini hingga 1 Okt.

Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini berkata PBB adalah wadah penting buat Malaysia mempamer komitmen dan memperkukuhkan kerjasama dalam mempertingkat usaha mengekalkan keamanan serta keselamatan antarabangsa.

Anifah dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi itu, yang bertema 'Bringing About Adjustment or Settlement of International Disputes or Situations by Peaceful Means', pada Sabtu.

Selain itu, Anifah dijadual menghadiri Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Kedaulatan Undang-Undang esok, Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Pembinaan Keamanan pada Selasa dan Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Pembanterasan Keganasan Nuklear pada Jumaat.

Beliau turut menghadiri mesyuarat Asean dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Menteri-Menteri Luar Negeri Komanwel. Anifah juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya bagi membincangkan perkara kepentingan bersama. (Bernama)

No comments:

Post a Comment