Monday, 24 September 2012

LDP TERUS BERBAKTI UNTUK TABUNG DARAH




CENDERAHATI….Albert Kok menyampai cenderahati kepada Timbalan Pengarah Hospital Duchess  of Kent Sandakan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

BANK Tabung Darah Hospital Duchess of Kent Sandakan memang memerlukan  darah secukupnya sebagai stok simpanan bagi keperluan semasa untuk  para pesakit yang memerlukannya.

Oleh itu masyarakat yang melibatkan pasukan berunifom seperti Tentera, PDRM, Pasukan Pertahanan Awang dan anggota rela harus memainkan peranan penting untuk menderma darah mereka khususnya untuk membantu pihak Hospital bagi tujuan tersebut agar  Tabung Darah sentiasa cukup dalam simpanan semasa.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan merangkap Presiden Parti LDP Datuk Liew Vui Keong berkata demikian ketika merasmikan  Program Merdeka Blood Donation Campaign 2012 anjuran Pergerakan Pemuda LDP Sandakan teks ucapnya disampaikan oleh  Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Albert Kok, kelmarin.

Katanya usaha Pergerakan Pemuda LDP Sandakan yang setiap tahun menganjurkan program sebegini harus dicontohi oleh mana-mana pemuda LDP yang ada di Sabah ini kerana usaha begini harus diteruskan untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan khususnya pihak Hospital.


 


KENANGAN…Albert Kok (empat kiri) bergambar dengan AJK Penganjur program tersebut.

“Sebagai Presiden Parti LDP saya terharu dan merasa gembira kerana pergerakan pemuda LDP yang mempunyai daya pemikiran terbuka dan pemikiran positif kearah memainkan peranannya  untuk membantu pihak kerajaan khususnya kepada pihak Hospital bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung bagi mencari darah daripada orang ramai,” kata V.K Liew.

Selanjutnya Liew bagi pihak LDP mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital kerana memberikan kerjasama yang komited terhadap program ini tanpa adanya kerjasama pihak Hospital yang menyediakan pelbagai fasiliti sudah tentu program tersebut tidak dapat dijalan dengan jayanya.

Program yang bermula dari jam 8.00 hingga jam 2.00 petang yang diadakan di lobi hospital berkenaan telah berjaya mengumpul sebanyak 163 bungkus darah hasil derma daripada orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Semua penderma darah diberikan sijil penghargaan dan buah tangan sebagai menghargai khidmat dan jasa mereka untuk bekerjasama menjaya program tersebut dari awal sehingga selesai.

6 comments:

  1. Harap semua pihak akan cuba memberikan sumbangan kepada pendermaan darah di Negeri kita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berilah sokongan terhadap program derma darah ni. setitik darah amat bermakna buat mereka yang memerlukan.

      Delete
  2. Ini bagi membantu pesakit diluar sana yang memerlukan sumbangan darah.

    ReplyDelete
  3. marilah menderma darah. setitik darah boleh menyelamatkan nyawa.

    ReplyDelete
  4. syabas kepada LDP kerana terus melakukan aktiviti2 amal seperti ini.. teruskan usaha memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya seseorang itu menderma darah..

    ReplyDelete