Monday 3 September 2012

ANWAR BINGUNG DUNIA PUJI KEPIMPINAN NAJIB





Oleh : PISAU DOTNET



KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.
Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.

Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.

Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.

Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.

Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata.

21 comments:

  1. Anwar pula dihina sebab skandal2 tidak senonoh beliau..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada Datuk Najib atas kejayaan yang telah beliau kecapi.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Datuk Najib Razak mendapat sambutan dari luar Negara.

    ReplyDelete
  4. Is Anwar Ibrahim jealous that Najib's popularity has increased compared to his own?

    ReplyDelete
  5. Datuk Najib has made many reforms in the country since he took over as the Prime Minister.

    ReplyDelete
  6. kalau Anwar memerintah negara ini, confirm jadi macam Greece.. Anwar tidak ada cara lain untuk mebangunkan ekonomi negara selain bergantung dengan kewangan IMF..

    ReplyDelete
  7. jika Anwar mengotakan janjinya.. selamat dan aman la Malaysia selepas PRU13.. sebab parti beliau pasti akan kecundang.. dan seperti yang dijanjikan, beliau akan bersara dari politik..

    ReplyDelete
  8. Anwar akan bersara lepas PRU13

    ReplyDelete
  9. Anwar pasti akan berusaha untuk memburukkan kepimpinan Bn di mata dunia. teruknya.

    ReplyDelete
  10. Malaysia stands to enjoy more development and progress if the people give Barisan Nasional the chance to administer the country for another five years, says Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  11. The Prime Minister said the people could see for themselves the “real changes” that are taking place over the last three years.

    ReplyDelete
  12. This is part of BN transformation agenda under the core philosophy and concept of 1Malaysia.

    ReplyDelete
  13. One of the main principles of 1Malaysia is social justice, whereby the poor and the low-income earners are brought out of poverty,” he said in his peech before presenting dividends from Risda amounting to RM314.6mil to 39,306 smallholders nationwide.

    ReplyDelete
  14. Windfall from Risda: Najib presenting the dividend to a smallholder in Pekan. A total of RM314.6mil is being paid out to 39,306 Risda smallholders nationwide.

    ReplyDelete
  15. Najib said Barisan always ensured that all segments of the society would benefit from the country's wealth.

    ReplyDelete
  16. Among them are the civil servants who received a half-month bonus with a minimum payment of RM500 and a special payment of RM500 for pensioners.

    ReplyDelete
  17. The other benefits were Bantuan Rakyat 1Malaysia payments for those earning RM3,000 and below, a windfall payment for Felda settlers while taxi drivers get to enjoy 1Malaysia tyre subsidies.

    ReplyDelete
  18. “Now, it is Risda smallholders who received dividends for their efforts. The Barisan promise is not merely political rhetoric. Imagine the benefits the people will get if we are given another five years to govern the country,” he said to applause from the audience.

    ReplyDelete
  19. He also announced that 513 Risda community development officers would get an increase in allowance to RM300 per month from RM200 now, which would be backdated to January this year.

    ReplyDelete
  20. Najib later presented Risda a mock cheque of RM397mil in government grants to finance replanting schemes and other development programmes for the benefit of smallholders.

    ReplyDelete