KOTA BELUD : Datuk Seri
Najib Tun Razak hari Ahad meluluskan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan Sekolah
Menengah Agama Rampayan Laut dekat sini.
Perdana Menteri berkata,
peruntukan itu bagi memenuhi permintaan penduduk di kampung itu yang memerlukan
sebuah sekolah menengah.
Beliau turut menyempurnakan
upacara pecah tanah projek itu selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Pertubuhan
Bajau Bersatu Sabah (USBO) di kampung itu.
Terdahulu, Najib berkata
rakyat sekarang menjadi pewaris dan penentu wawasan 2020 tercapai.
"Kita cuma ada lapan
tahun sahaja lagi ke tahun 2020 dan kita nak mentransformasikan negara kita
sebagai negara maju. Kita tidak mahu buat kerja sekerat jalan.
"Untuk mencapai impian
ini, kita mesti menunjukkan bahawa kita mendukung agenda transformasi negara,
jangan kita terlampau termakan hasutan pembangkang.
"Jangan kita melatah
dengan geletek parti pembangkang dan jangan kita terpedaya dengan janji manis
pembangkang," katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment