Thursday 13 September 2012

BAJET 2013 SELESAI PRASARANA PELANCONGAN?




KOTA KINABALU : Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berharap Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada 28 Sept ini, memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana dan infrastruktur pelancongan di negara ini khususnya di Sabah.

Beliau berkata peruntukan yang lebih perlu disalurkan untuk memastikan lebih banyak tempat menarik di negeri ini dapat dipromosikan memandangkan Sabah dikenali sebagai 'syurga alam semulajadi' yang mempunyai beberapa kawasan tumpuan pelancong.

"Kami berharap lebih banyak peruntukan untuk infrastruktur kerana isu di Sabah bukan kerana produk kerana kita mempunyai banyak produk pelancongan tetapi akses kepada produk pelancongan itu," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri Petronas di sini, Rabu.

Beliau berkata antara tempat pelancongan yang boleh dimajukan di Sabah ialah Gunung Trusmadi di Tambunan, yang merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.

Katanya jika ada promosi yang bersepadu, jumlah pelancong yang mengunjungi negeri itu dijangka meningkat. (Bernama)

No comments:

Post a Comment