Oleh : NASHIR MANSOR
TAWAU : "Sebagai rakyat
Malaysia, apa lagi yang kita mahu? Kerajaan sekarang sudah cukup memberi
bantuan. Semuanya bersubsidi. Mahu disuap jugakah?, kata Nanang Bagiing ketika
ditanya mengenai perbezaan antara keadaan hidup nelayan peringkat awal Sabah
mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan gagasan Malaysia dan zaman sekarang.
Nanang, 68, dari Kampung
Titingan, dekat sini berkata suatu ketika dahulu, golongan nelayan di negeri
ini rata-rata hidup dalam keadaan serba kekurangan termasuk dari segi kemudahan
insentif dan peralatan.
Bagaimanapun, keadaan kini
sudah jauh berubah yang mana kerajaan amat prihatin kepada komuniti nelayan,
katanya.
Hinggakan kerajaan sanggup
memperuntukkan perbelanjaan besar sama ada untuk subsidi diesel dan petrol,
bantuan berupa elaun, insentif serta kemudahan atau peralatan menangkap ikan.
BANTUAN KERAJAAN
"Saya adalah penerima
Bantuan Rakyat 1Malaysia. Saya juga diberi elaun sara hidup RM200 sebulan dan
memandangkan keadaan rumah saya yang sudah usang dengan atap bocor di sana sini
serta dapur yang hampir roboh, kerajaan turut bersimpati meluluskan permohonan
membaiki rumah saya di bawah Program Baik Pulih Rumah Nelayan.
"Saya amat bersyukur
kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu
memahami denyut nadi nelayan seperti saya," kata Nanang yang menjadi
nelayan sejak tahun 1970an kepada Bernama di sini.
Ketika mula-mula menjadi
nelayan, beliau dan rakan-rakan seangkatannya tidak mengenali erti minyak
subsidi sebaliknya bergantung penuh kepada tulang empat kerat untuk mencari
nafkah dengan turun ke laut menggunakan perbelanjaan sendiri membeli minyak
tanpa subsidi.
Menurut Nanang pada ketika
itu, sumber ikan termasuk ikan Kurau di Teluk Cowie masih banyak sehingga
nelayan sepertinya mampu memperoleh pendapatan mencecah RM700 setiap kali turun
ke laut.
Dengan pendapatan seperti
itu Nanang dan rakan senelayannya yang lain tidak menghadapi bebanan untuk
membeli minyak untuk turun laut meskipun tanpa subsidi kerana sumber ikan masih
banyak dan peluang memperoleh tangkapan lumayan memang cerah.
Bagaimanapun beliau mengakui
ramai nelayan, khususnya di Tawau, mengeluh kerana sumber ikan semakin
berkurangan yang menjejaskan jumlah tangkapan dan pendapatan seterusnya
membebankan keluarga memandangkan kos sara hidup yang meningkat saban tahun.
BANTUAN SARA HIDUP
"Sememangnya bantuan
elaun sara hidup, insentif tangkapan, BR1M, subsidi diesel dan petrol, bantuan
baik pulih rumah yang diberikan kerajaan hari ini amat tepat pada masanya. Ia
benar-benar dapat meringankan beban rakyat khususnya nelayan berpendapatan
rendah seperti saya," katanya.
Talsan Kolah, 64, yang
menjadi nelayan sejak lebih 30 tahun lepas turut mengakui pelbagai bantuan yang
diberikan kerajaan termasuk BR1M dan elaun sara hidup RM200 yang diterimanya
selama ini amat baik dan meringankan beban hidupnya sekeluarga.
Talsan, ayah kepada lapan
orang anak yang semuanya sudah dewasa dan memiliki sebuah bot dan enjin sangkut
berkuasa 18 kuasa kuda, berkata keadaan rumahnya juga kini lebih baik berbanding
dahulu selepas ia diperbaiki atas bantuan kerajaan.
"Bekalan elektrik juga
sudah ada di rumah saya sejak tahun lepas. Saya sekeluarga kini sudah boleh
menonton televisyen dan mendengar radio sepuas-puasnya," katanya.
Harapan Talsan kepada kerajaan
ialah supaya beliau dapat dibantu mendapatkan peralatan menangkap ikan yang
baru memandangkan peralatannya sedia terutama enjin sangkutnya sudah uzur dan
keupayaannya untuk pergi jauh ke laut agak terhad.
"Kerajaan kita memang
bagus kerana selalu berfikir untuk membantu golongan rakyat seperti kami,
nelayan. Cuma saya cadangkan kepada pemimpin kita supaya berusaha membaiki cara
penyampaian bantuan bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan
sasar," katanya.
Mengenai pemberian minyak
subsidi, Talsan berkata beliau bersyukur dengan skim itu oleh kerajaan kerana
ia banyak meringankan beban beliau dan nelayan lain. (Bernama)
setuju dengan kenyetaan di atas, dua zaman yg berbeza, dahulunya tanpa bantuan wlupun serba kekurangan seperti bot dan peralatan canggih namun hasilnya benyak dgn kos operasi yg rendah berbanding masa ini, hasil tangkapan kurang namun dgn adanya bantuan2 dpd kerajaan,mengurangkan sedikit beban tanggungan..cuma, apa yg di tekan di sini, cara dan kaedah, bagaimana penyeluran, perlaksanaan bantuan2 ini dapat di agihkan kepada nelayan yg sepatutnya layak dan berhak di bantu tanpa birokrasi, tidak adil dan terlepas pandang..pada masa yg sama saya amat bersetuju saranan PM bahawa, PERUBAHAN perlu berubah seperti sistem pentadbiran,maklumat,penyempaian dll sesuai dengan kehendak, hasrat rakyat supaya kerajaan perlu pembaharuan tetapi bukannya tukar kerajaan.
ReplyDelete