Wednesday 5 September 2012

BELIA SABAH DIPELAWA SERTAI NGO




Oleh : ROZIE JUMAT

KENINGAU :  Gerakan  Generasi Baru Sook (GGBS) menyokong sepenuhnya seruan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim yang mahu lebih ramai golongan belia menyertai badan-badan persatuan bukan kerajaan (NGO) dalam satu majlis belia di Tamparuli sebelum ini .

Presiden GGBS,  Edwin Laimin berkata, ramai golongan  belia di kawasan pedalaman khususnya tidak menyertai pertubuhan yang melibatkan golongan itu kerana tidak mengetahui dengan jelas kepentingan berpersatuan.

Katanya, golongan belia harus sedar bahawa suara mereka akan lebih kuat jika mereka bersatu didalam satu kumpulan  dan banyak kemudahan disalurkan oleh kerajaan melalui persatuan.

Menurut Edwin, golongan belia seringkali merungut kerana banyak peluang yang diwar-warkan oleh kerajaan tidak sampai kepada mereka disebabkan faktor antara lainnya adalah masalah komunikasi yang menghalang mereka untuk mengetahui peluang serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan tersebut.

Adakalanya, kedudukan pedalaman ini khususnya daerah Keningau yang luas menyebabkan tidak ramai golongan belia mendapat manfaat dengan peluang yang disediakan oleh kerajaan.

“Sebagai contohnya, peruntukan kerajaan untuk pembangunan belia di pedalaman telah diserahkan semula  kerana tidak digunakan, ia amat mengecewakan dan satu kerugian kepada golongan belia di pedalaman,ia mungkin disebabkan kurangnya persatuan membabitkan belia di kawasan ini atau mesej itu tidak sampai kepada persatuan belia di pedalaman,” kata Edwin.

Sehubungan dengan itu kata Edwin, GGBS satu badan persatuan yang berdaftar sentiasa mengalu-alukan penyertaan golongan muda atau belia  sebagai ahli persatuan berkenan.

“GGBS telah  merangka pelan khusus untuk ahli-ahli kami berbentuk kursus dan latihan untuk masa depan ahli-ahli kami, dan bekerjasama dengan kerajaan demi membina masa depan belia yang lebih baik“ ujar Edwin.

22 comments:

  1. Belia harus aktif untuk memastikan masa mereka tidak dibuat sia-sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mereka dipenuhi dengan kursus dan latihan yang lebih berguna.

      Delete
    2. Those who are interested to join GGBS, their doors are always open for the public.

      Delete
    3. Belia yang berbakat boleh juga sertai politik.

      Delete
    4. belia harus melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah.

      Delete
    5. Belia sendiri harus faham apa yang penting untuk mereka sendiri.

      Delete
  2. NGO dapat membantu golongan muda ini untuk tidak ketinggalan dan tidak tentu arah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Participating in an organization can strengthen their voices.

      Delete
    2. Pasti ada NGO yang bersesuai dengan jiwa belia

      Delete
  3. Semoga ramai golongan belia yang akan sertai NGO dan bukannya menyertai demonstrasi ataupun aktiviti2 berpolitik yang menentang kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik golongan belia menyertai NGO daripada menyertai demonstrasi ataupun aktiviti berpolitik yang menentang kerajaan.

      Delete
    2. Demonstration is not the way to solve problems.

      Delete
    3. Demo yang merosakkan ketenteraman harus diabaikan.

      Delete
    4. Belia juga ada cara pemikiran masing-masing. Mereka tahu pa yang penting untuk masa depan mereka.

      Delete
    5. pilih NGO yng tidak terlibt dgn politik.

      Delete
  4. Hope that the locals will take the time to participate in these Non-government organizations.

    ReplyDelete
  5. Belia diharap lebih menghargai masa dan jangan hanya membuang masa untuk perkara2 yang tidak berfaedah

    ReplyDelete
  6. selain menggalakkan belia2 muda berpersatuan, mungkin lebih elok jika pemimpin2 masyarakat lebih giat mendekati golongan ini untuk mengetahui masalah2 atau kehendak mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalankan aktiviti yang boleh mendekati belia. Biarkan mereka aktif dalam aktiviti yang lebih bermanfaat.

      Delete
  7. Pemuda harus diberi peluang untuk menjawat supaya pemikiran orang muda dapat disalur dalam parti yang berkeupayaan berkhidmat baik untuk rakyat juga.

    ReplyDelete
  8. May be a great idea to join NGO.

    ReplyDelete