Oleh : ROZIE JUMAT
KENINGAU : Gerakan
Generasi Baru Sook (GGBS) menyokong sepenuhnya seruan Pembantu Menteri
Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim yang mahu lebih ramai golongan belia
menyertai badan-badan persatuan bukan kerajaan (NGO) dalam satu majlis belia di
Tamparuli sebelum ini .
Presiden GGBS, Edwin Laimin berkata, ramai golongan belia di kawasan pedalaman khususnya tidak
menyertai pertubuhan yang melibatkan golongan itu kerana tidak mengetahui
dengan jelas kepentingan berpersatuan.
Katanya, golongan belia
harus sedar bahawa suara mereka akan lebih kuat jika mereka bersatu didalam
satu kumpulan dan banyak kemudahan
disalurkan oleh kerajaan melalui persatuan.
Menurut Edwin, golongan
belia seringkali merungut kerana banyak peluang yang diwar-warkan oleh kerajaan
tidak sampai kepada mereka disebabkan faktor antara lainnya adalah masalah
komunikasi yang menghalang mereka untuk mengetahui peluang serta kemudahan yang
disediakan oleh kerajaan kepada golongan tersebut.
Adakalanya, kedudukan
pedalaman ini khususnya daerah Keningau yang luas menyebabkan tidak ramai
golongan belia mendapat manfaat dengan peluang yang disediakan oleh kerajaan.
“Sebagai contohnya,
peruntukan kerajaan untuk pembangunan belia di pedalaman telah diserahkan
semula kerana tidak digunakan, ia amat
mengecewakan dan satu kerugian kepada golongan belia di pedalaman,ia mungkin
disebabkan kurangnya persatuan membabitkan belia di kawasan ini atau mesej itu
tidak sampai kepada persatuan belia di pedalaman,” kata Edwin.
Sehubungan dengan itu kata
Edwin, GGBS satu badan persatuan yang berdaftar sentiasa mengalu-alukan
penyertaan golongan muda atau belia
sebagai ahli persatuan berkenan.
“GGBS telah merangka pelan khusus untuk ahli-ahli kami
berbentuk kursus dan latihan untuk masa depan ahli-ahli kami, dan bekerjasama
dengan kerajaan demi membina masa depan belia yang lebih baik“ ujar Edwin.
Belia harus aktif untuk memastikan masa mereka tidak dibuat sia-sia.
ReplyDeletemasa mereka dipenuhi dengan kursus dan latihan yang lebih berguna.
DeleteThose who are interested to join GGBS, their doors are always open for the public.
DeleteBelia yang berbakat boleh juga sertai politik.
Deletebelia harus melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah.
DeleteBelia sendiri harus faham apa yang penting untuk mereka sendiri.
DeleteNGO dapat membantu golongan muda ini untuk tidak ketinggalan dan tidak tentu arah.
ReplyDeleteParticipating in an organization can strengthen their voices.
DeletePasti ada NGO yang bersesuai dengan jiwa belia
DeleteSemoga ramai golongan belia yang akan sertai NGO dan bukannya menyertai demonstrasi ataupun aktiviti2 berpolitik yang menentang kerajaan.
ReplyDeletelebih baik golongan belia menyertai NGO daripada menyertai demonstrasi ataupun aktiviti berpolitik yang menentang kerajaan.
DeleteDemonstration is not the way to solve problems.
DeleteDemo yang merosakkan ketenteraman harus diabaikan.
DeleteBelia juga ada cara pemikiran masing-masing. Mereka tahu pa yang penting untuk masa depan mereka.
Deletepilih NGO yng tidak terlibt dgn politik.
DeleteHope that the locals will take the time to participate in these Non-government organizations.
ReplyDeleteEspecially the youngsters.
DeleteBelia diharap lebih menghargai masa dan jangan hanya membuang masa untuk perkara2 yang tidak berfaedah
ReplyDeleteselain menggalakkan belia2 muda berpersatuan, mungkin lebih elok jika pemimpin2 masyarakat lebih giat mendekati golongan ini untuk mengetahui masalah2 atau kehendak mereka..
ReplyDeleteJalankan aktiviti yang boleh mendekati belia. Biarkan mereka aktif dalam aktiviti yang lebih bermanfaat.
DeletePemuda harus diberi peluang untuk menjawat supaya pemikiran orang muda dapat disalur dalam parti yang berkeupayaan berkhidmat baik untuk rakyat juga.
ReplyDeleteMay be a great idea to join NGO.
ReplyDelete