Oleh : MUTALIB M.D
BAK kata pepatah, diberikan
betis, hendakkan peha. Tetapi Warga Asing Indonesia yang mendapat peluang
keluar-masuk dari Nunukan ke Tawau setiap hari, bukan sahaja mahukan peha;
tetapi yang berada 'dicelah peha'.
Kerakyatan songsang yang
dimiliki oleh ADUN Sebatik, Abdul Muis Picho bukan rahsia lagi kepada rakyat
perbatasan; terutama Anak Jati Sabah seperti Ketua Kampung Tanjung Batu Laut, Hamid
Hassan yang tidak jemu-jemu menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam
Negeri dan pemimpin Sabah.
Jika daripada seorang Warga
Asing Indonesia yang pernah mendapat Taraf Penduduk Tetap, Abdul Muis kembali
menjadi PATI setelah mengembalikan PR semata-mata untuk mengeluarkan wang KWSP;
datang lagi sebagai PATI, mendapat IC Projek dan boleh terlepas tapisan
keselamatan dan kini boleh menjadi Wakil Rakyat di Sabah; apakah ada halangan
untuk menjadi Ketua Menteri Sabah kerana beliau juga memiliki MyKad Malaysia?
Oleh itu tidak hairan jika
ramai Warga Indonesia yang selama ini menggunakan Pas Lintas Batas (PALIBA)
kini sudah menjadi Warga Mi Segera; ehsan Kerajaan Berjaya dan UMNO; berbangga
dengan 'Nyawa' (IC Projek) mereka yang dikurniakan 'Kerajaan Persekutuan'
sehingga terlupa bahawa perbuatan mereka adalah subversif dan boleh dihukum
pancung 'Tanpa Bicara!'
Salah satu daripada lebih
800,000 contoh orang yang menggunakan PALIBA sebelum ini telah menjadi 'Warga
Dua Negara' kerana bebas keluar masuk untuk menghirup udara segar Malaysia dan
membuang najis di sempadan negara melalui kegiatan haram termasuk penyeludupan,
pelacuran dan kesalahan imigresen ialah Syarifah Laila Bt. S.Alwi.
Majoriti penduduk Kampung
Pasir Putih, Tawau kenal siapa dan dari mana Syaripa Laila @ Syarifah Bt S Alwi
ini berasal. Memang agak ganjil kerana lazimnya nama Syarifah ialah Kaum Suluk
segangkan Syaripa berketurunan Bugis.
Sama ada beliau mendapat kad
pengenalan biru 'Ready Made' atau memang miliknya, sukar untuk dipastikan
tetapi memang sah beliau adalah PATI Bugis yang sebelum ini menggunakan PALIBA.
Saripah Laila mendapat Pas
Lintas Batas bernombor W029905 pada 6 Januari 1978 bagi tempoh setahun sehingga
6 Januari 1979 dan direkodkan dibuku Daftar NNK/1C/118/78. Mengikut maklumat
Pas Lintas Batas yang dikeluarkan Kerajaan Indonesia, Saripah dilahirkan di
Nunukan pada 1956 menggunakan Kartu Penduduk Indonesia 3510/KND/76.
Pas Lintas Batas adalah Pas
Melawat iaitu kebenaran masuk ke Malaysia di Tawau untuk melawat daerah Tawau
Sahaja dalam negeri Sabah dalam jangka masa tidak lebih dari satu bulan
berdasarkan Perjanjian Sempadan Dengan Indonesia. Tidak sah bagi memohon pekerjaan
dan tidak boleh disambung.
Saripah telah mendapat kad
pengenalan biru di era Kerajaan Berjaya tetapi semuanya palsu sehinggalah pada
1991 memperoleh Kad Pengenalan Biru bernombor H0498485 melalui Projek Gembleng;
X-Files merekrut Warga Asing sebagai Warga Negara, Ahli UMNO dan Pemilih
Berdaftar.
Ramai rakan Saripah turut
sama mendapat kad pengenalan projek berkenaan tetapi mereka tidak berjaya
disebabkan Jabatan Pendaftaran menarik balik kad pengenalan lama bersiri H0492001
hingga H0494500; tidak termasuk yang dimiliki Saripah.
Dengan kad pengenalan projek
H0498485, Saripah telah menukar namanya kepada Syarifah Laila Binti S Alwi
setelah mendaftar sebagai Pemilih Berdaftar bagi DUN Apas (Tinagat) dan
akhirnya mendapat MyKad 550403-12-5446.
Saripah Laila yang
dilahirkan pada 1956 di Nunukan telah semula sebagai Syarifah Binti S Alwi di
Tawau pada 03 April 1955 di Batu 8,
Jalan Apas, Tawau.
Sebagai Warganegara Indonesia
yang hidup mewah setelah mendapat Warganegara Segera Malaysia, Saripah kini duduk
dan berdiri lebih tinggi daripada Anak Jati Sabah yang tembuninya ditanam di
hadapan rumah Datuk Abu Bakar Titingan.
Jika Jawatankuasa RCI Sabah
ingin mendapatkan bukti nyata, jejak bertapak tersedia di Jabatan Imigresen
Tawau dan Pejabat Konsulat Indonesia Tawau dan mungkin jika diperlukan mengesan
mereka, seramai 500,000 orang lagi yang menggunakan modus operandi yang sama
masih boleh dikesan dengan mudah.
Jangan terkejut jika
dilontarkan sebiji kacang kepada 10 orang Warganegara Malaysia di Tawau, sudah
pasti terkena 30 batang hidung Warga Indonesia yang mendapat MyKad projek.
Wallahualam!
Inilah yang buat Sabahan tak selesa dengan foreigner terutamanya pati. huhu
ReplyDeleteIsu ini masih berleluasa di Sabah & Malaysia.
DeleteHarap hal ini dapat perhatian sewajarnya dan pastikan ia ditanggani secepat mungkin.
ReplyDeleteMasalah betul mengenai PATI yang datang di Sabah ini. Tambahan lagi mendapat Mykad yang tidak sepatutnya dengan cara yang tidak betul.
ReplyDeleteThe Election Commission should check their list before approving them as voters.
DeletePATI ni sanggup bayar berapa saja asal boleh dapat kewarganegaraan sebab negara ni lebih baik didiami berbanding negara asal mereka.
DeleteSenarai pengundi harus disemak dan diperbaiki lagi.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSebaiknya RCI ditubuhkan segera bagi menyiasat mengenai perkara ini.
ReplyDeleteRCI has been set up so don't ever worry.
DeleteRCI kena siasat hal ini.
DeletePersonally I think the Immigration Department has some difficulties in digging out their originality.
ReplyDeleteIllegals should get out from Sabah asap.
ReplyDeleteLocals should get ahead from those PTIs.
ReplyDeletePerlu sediakan kemudahan menyemak status sesuatu MyKad di laman web e-kerajaan khususnya menerusi laman web JPN untuk mengesahkan kesahihan sesuatu MyKad, sebagaimana yang disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
ReplyDeletePATI have become a thorn in the flesh of the Sabahans.
ReplyDeletepembangkang janji nak beri status PR kepada PATI. nak tambah masalah PATI pla.
ReplyDeletejanji pembangkang mahu beri status PR kepada pati adalah tidak disokong oleh rakyat.
Deleteselagi ada PATI, selagi tu Sabah byk masalah.
ReplyDeleteya, pati banyak menimbulkan masalah kepada kita.
DeletePATi harus dihantar balik ke negara asal.
Deleteusaha untuk selesaikan masalah pati memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
ReplyDeleteIsu PATI isu semua golongan di Malaysia. Harus kerjasama untuk menanggani isu ini.
ReplyDeleteIsu projek ic ini masih merisaukan rakyat sebab isu ini seakan menjejas dan menyebabkan masalah social.
ReplyDeletetunggu saja la RCI habis jalankan siasatan.. semakin dekat RCI dengan Sabah, semakin banyak pula isu2 PATI.. macam ada pihak yang sengaja menenggelamkan RCI dengan membangkitkan isu PATI supaya rakyat terus menolak kerajaan..
ReplyDeletedari sudut lain, Kebanjiran warga asing di negeri ini sebenarnya adalah bukti nyata bahawa peluang pekerjaan sentiasa wujud di Sabah hasil dari usaha berterusan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dalam memajukan dan memakmurkan ekonomi negeri Sabah.
ReplyDeleteNamun, itu bukanlah alasan untuk kerajaan BN duduk diam tanpa melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di negeri ini. Malah, kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama.
ReplyDeleteBanyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar mereka pulang ke negara masing-masing. Bagi warga Indonesia, kerajaan tidak ada masalah untuk menghantar mereka pulang kerana mereka mempunyai konsulat di Sabah. Sebaliknya, masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini. Jika pembangkang mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa, ia adalah tidak benar sama sekali. Malah, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bagi menangani masalah ini secara lebih komprehensif dan agresif.
ReplyDeletekenapa tak mengikut prosidur yang betul passport native warganegara...
ReplyDeletesiasatan sj tambirang punya kerajaan kasi tubuh suruhanjaya raja kunun mau siasat, buat apalah sekadar SIASATAN kalau tiada TINDAKAN.... buat apa lagi susah2 mahu siasat kalau ramai sudah rakyat2 sabah sendiri sudah mula kasi dedah ini projek IC ahh? buat apa buang masa mau siasat kalau ni projek kerajaan sendiri yg buat.... PURA-PURA siasat kah ? tidak juga berani kasi dedah apa yg sudah disiasat
ReplyDeleteRCI pun sekadar siasatan saja ....balik2 SIASATAN buang masa mahu tunggu siasat sj... mana sudah hasil siasatan selama ini ? kenapa tidak kena bagi pendedahan kepada semua rakyat.. secara public terbuka, takut ka kerajaan kena tgk itu hasil mereka...projek mereka sendiri
ReplyDelete