Oleh : GALUS AHTOI
KES Saman No:K22-245-2002 -
Darinsuk P. Apan @ 4 orang (Tongod, Sabah) lawan Hap Seng Consolidated Bhd, Asiatic
Development Sdn. Bhd, Tanjung Bahagia Sdn. Bhd, Pengarah JTU dan Kerajaan
Negeri Sabah ditunda lagi.
Tarikh perbicaraan penuh
yang sepatutnya akan dijalankan pada 18 - 21 September ini telah ditunda ke
tarikh yang akan ditentukan kemudian atas sebab Hakim dalam kes ini akan
berpindah ke Mahkamah lain.
Pejuang OT Darinsuk P. Apan
yang kini sudah tidak mampu berjalan sejak 3 tahun yang lalu dan seluruh warga
di 7 kampung dalam daerah Tongod terpaksa menunggu lagi.
Kedudukan 7 perkampungan ini
kini menjadi pulau kecil dikelilingi oleh warta Hutan Simpan / FMU 5 dan 17 dan
Geran Syarikat Perladangan.
No comments:
Post a Comment