Tuesday 25 September 2012

KES DARINSUK DITUNDA LAGI




Oleh : GALUS AHTOI

KES Saman No:K22-245-2002 - Darinsuk P. Apan @ 4 orang (Tongod, Sabah) lawan Hap Seng Consolidated Bhd, Asiatic Development Sdn. Bhd, Tanjung Bahagia Sdn. Bhd, Pengarah JTU dan Kerajaan Negeri Sabah ditunda lagi.

Tarikh perbicaraan penuh yang sepatutnya akan dijalankan pada 18 - 21 September ini telah ditunda ke tarikh yang akan ditentukan kemudian atas sebab Hakim dalam kes ini akan berpindah ke Mahkamah lain.

Pejuang OT Darinsuk P. Apan yang kini sudah tidak mampu berjalan sejak 3 tahun yang lalu dan seluruh warga di 7 kampung dalam daerah Tongod terpaksa menunggu lagi.

Kedudukan 7 perkampungan ini kini menjadi pulau kecil dikelilingi oleh warta Hutan Simpan / FMU 5 dan 17 dan Geran Syarikat Perladangan.

No comments:

Post a Comment